Pemain muda Thailand Kiradech Aphibarnrat mempamer prestasi cemerlang apabila kekal konsisten bagi menjulang kejuaraan pada Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara di sini hari ini.
Penganjur memutuskan untuk mengurangkan pusingan permainan daripada 72 lubang kepada 54 lewat petang semalam kerana gangguan cuaca berikutan ribut petir yang berlaku sejak kejohanan berlangsung pada Khamis.
Kejayaan melakukan eagle di lubang ketiga (par 5) menaikkan semangat pemain Thailand berusia 23 tahun itu bagi merangkul kejuaraan utama kedua dalam siri jelajah Asia meskipun melakukan bogey pada lubang kedua, ketujuh, ke-12 dan ke-18 sebelum menamatkan permainan di pusingan terakhir dengan dua pukulan di bawah 70 bagi 13 di bawah par 203 secara keseluruhan.
Kejayaan Kiradech membolehkan beliau membawa pulang wang tunai US$458,330 (RM1.246 juta) dan Piala Seagram yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"(Kemenangan) ini amat bermakna kepada saya kerana ia merupakan kejuaraan kedua Jelajah Asia saya dan yang pertama dalam tempoh dua tahun.
"Saya telah bekerja keras dengan jurulatih dan ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutama kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong saya," katanya yang naik dua anak tangga untuk mendahului Jelajah Asia Order of Merit hasil kemenangan beliau hari ini.
Di tempat kedua ialah pemain golf dari Itali Edoardo Molinari, yang turut mempamer persembahan cemerlang pada hari terakhir kejohanan.
Pemain berusia 32 tahun itu melakar lima pukulan di bawah par 67 bagi menamatkan permainan 12 di bawah par 204 dan membawa pulang wang tunai US$305,550 (RM950,627).
Anders Hansen dari Denmark pula kekal di posisi ketiga pada pusingan akhir selepas melakukan enam pukulan di bawah 66 bagi jumlah keseluruhan 11 di bawah par 205.
Beliau membawa pulang wang tunai US$172,150 (RM535,593).
Sementara itu, pemain amatur tempatan Gavin Kyle Green berharap dapat meneruskan aksi cemerlang beliau pada kejohanan berikutnya.
Beliau dinobat sebagai pemain amatur dan pemain Malaysia terbaik pada kejohanan itu.
Pemuda berusia 19 tahun itu mencatat tiga pukulan di bawah 69 pada hari terakhir kejohanan dan sejumlah enam di bawah par 210 bagi berkongsi tempat ke-22 dengan lima pemain lain.
Gavin, pelajar Universiti New Mexico yang membawa pulang US$31,075 (RM96,680) atas kejayaannya berkata beliau akan menamatkan pengajian di Amerika Syarikat sebelum menjadi pemain golf profesional.
Sementara itu, dua lagi pemain Malaysia yang layak ke pusingan akhir ialah Danny Chia dan S.Murthy.
Chia mencatat satu pukulan di bawah par 72 untuk jumlah keseluruhan dua hari satu pukulan di bawah par 215 dan berkongsi tempat ke-51 bersama tiga pemain lain manakala Murthy di kedudukan ke-65 dengan pukulan lapan di bawah par 72 bagi satu pukulan di bawah par 217 secara keseluruhan.
Bernama
Sun Mar 24 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pemain muda Thailand Kiradech juara Terbuka M'sia 2013
Pemain muda Thailand Kiradech Aphibarnrat mempamer prestasi cemerlang apabila kekal konsisten bagi menjulang kejuaraan pada Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2013.