Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pemain bola sepak yang 'melompat' ke pasukan lain tanpa pengetahuan pasukan asal sebagai pemain yang tidak berprinsip.
Tengku Abdullah berkata walaupun FAM telah menetapkan garis panduan bagi perpindahan pemain dari satu pasukan ke pasukan lain, mereka terus melanggar peraturan itu dengan merundingkan perjanjian tanpa memberitahu pasukan lama.
"Itu tidak profesionallah... tak boleh salahkan FAM atau persatuan-persatuan (bola sepak)...pemain mesti ada prinsip dan perkara ini bukan baru hari ini berlaku.
"Tidak ramai (pemain) yang begini tapi hanya segelintir dan ini yang memburukkan senario bola sepak negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan sumbangan Yayasan Istana Abdul Aziz kepada 300 anak-anak mangsa banjir di kawasan Kuantan, di sini hari ini.
Isu perpindahan pemain tengah skuad bola sepak Pahang, Amirulhadi Zainal ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) secara tiba-tiba mencetuskan kontroversi apabila beliau disahkan telah terlebih dahulu mengikat kontrak selama dua tahun lagi dengan Pahang.
Tengku Abdullah bagaimanapun menggesa pihak terbabit agar menyelesaikan isu berkenaan secara baik.
"Saya anggap tidak ada pemain yang tidak boleh diganti, tetapi seeloknya pemain kena hormati perjanjian," katanya.
Bernama
Wed Dec 25 2013
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Jangan nafikan kehebatan empat pemain bersara - Mario Gomez
Kata Gomez, kenyataan itu adalah satu fakta dan hanya mereka yang tidak faham tentang bola sepak akan menafikannya.
Amirulhadi sah milik JDT
Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat Jumaat telah mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang didapati meragukan.
Pemain bola sepak yang 'melompat' ke pasukan lain sebagai tidak berprinsip
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pemain bola sepak yang 'melompat' ke pasukan lain tanpa pengetahuan pasukan asal sebagai tidak berprinsip.
Amirulhadi yakin kekang Kelantan di bahagian tengah malam ini
Bagi Amirulhadi meskipun bahagian tengah Kelantan tampak ampuh dengan Badri Radzi selaku pengemudi, reputasi lawan tidak menggentarkannya.