Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini, akan menyaksikan penampilan pelumba misteri yang akan bersaing atas tiket 'wild card'.
Identiti pelumba itu yang masih dirahsiakan, dikatakan akan menggantikan pelumba pasukan Peugeot MC Saxoprint, John Mcphee dalam kategori Moto3.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata nama pelumba berkenaan hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada pasukan tersebut.
Beliau berkata pelumba berkenaan akan menggantikan tempat Mcphee yang tidak dapat beraksi pada pusingan ke-17, selepas mengalami kemalangan ketika perlumbaan di Litar Philip Island, Australia, semalam.
"Pasukan John Mcphee menghubungi saya untuk mencari pelumba Malaysia yang boleh berlumba minggu ini sebagai pelumba wild card. Saya berharap dapat persetujuan pelumba itu pada hari ini.
"Kita akan umumkan esok, sekarang ramai tidak boleh menunggang Moto3, tetapi ada seorang pelumba ini, kita mahu beri beliau peluang dan menguji kemampuan dirinya dalam perlumbaan itu nanti," katanya kepada pemberita pada sesi minum petang bersama pelumba SIC Racing Team, Adam Norrodin dan Jakub Kornfeil di The Apartment, KLCC di sini.
Razlan, sebelum ini pernah mendedahkan tiada penampilan pelumba wild card negara pada MotoGP Malaysia bagi saingan kategori Moto3, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, Razlan menegaskan sekiranya pelumba misteri itu bersetuju dan berjaya mempamerkan aksi terbaik pada perlumbaan MotoGP kali ini, pihaknya tidak teragak-agak menyerap pelumba berkenaan dalam program pembangunan SIC pada tahun depan.
Razlan berkata tiga nama disenarai pendek, namun beliau enggan mendedahkan identiti pelumba ketiga yang dikatakan tidak pernah menyertai perlumbaan kategori Moto3.
"Ini peluang keemasan untuk pelumba Malaysia. Tiga pelumba disenarai pendek, Amirul Afiq Azmi, Mohd Helmi Azman (pelumba Cub Prix) dan seorang lagi saya tidak boleh beritahu lagi," katanya.
Berdasarkan perkembangan terkini perlumbaan tempatan, Kasma Daniel Kasmayudin dilihat sebagai calon yang hangat diperkatakan layak menerima tiket wild card pada perlumbaan kali ini.
Kasma Daniel, 16, yang mewakili pasukan Petronas Yamaha Maju Motor muncul juara keseluruhan kategori CP130 Cub Prix AAM Malaysia Petronas, semalam.
Pelumba kelahiran Skudai, Johor itu merupakan pelumba tempatan yang dipilih Yamaha Motor Co. Ltd. untuk berguru dengan pelumba terbaik dunia, Valentino Rossi menerusi Kem Master, VR46 Riders Academy pada Julai lepas. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016
![Pelumba misteri dapat tiket wild card saingan Moto3 Pelumba misteri dapat tiket wild card saingan Moto3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477320486_JohnMcPhee.jpg)
Identiti pelumba itu yang masih dirahsiakan, dikatakan akan menggantikan pelumba pasukan Peugeot MC Saxoprint, John Mcphee dalam kategori Moto3. - Foto AFP / SAEED KHAN
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603083276_PelumbaPetronas.jpg)
Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon
Razlan bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18.
![GP Republik Czech: McPhee di tangga kelima, KIP hanya mampu tempat ke-22 GP Republik Czech: McPhee di tangga kelima, KIP hanya mampu tempat ke-22](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596990765_McPhee.jpg)
GP Republik Czech: McPhee di tangga kelima, KIP hanya mampu tempat ke-22
Pelumba Petronas Sprinta Racing, John McPhee berjaya menduduki tempat kelima dalam kategori Moto3 Grand Prix GP) Republik Czech.