KUALA LUMPUR: Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar kerana jarang-jarang ada negara menarik diri daripada menyertai acara berkenaan.
Malah Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill merasakan perkara itu kemungkinan tidak akan terjadi kerana setiap negara mempunyai senarai pelumba simpanan untuk dibawa masuk ke dalam pasukan sekiranya berlaku kejadian luar jangka.
"Hampir mustahil untuk sesiapa menarik diri melainkan satu yang sangat buruk berlaku ke atas sesuatu pasukan...tetapi untuk pelumba negara kita berada dalam senarai menunggu itu sudah baik.
"Jadi kita tidak begitu jauh (untuk layak ke Olimpik). Saya rasa kita jangan lihat di Paris sahaja, tetapi kita harus melihat di Olimpik Los Angeles 2028," katanya kepada pemberita di sini.
Pasukan berbasikal trek wanita kebangsaan bergantung kepada situasi apabila terdapat mana-mana negara menarik diri daripada menyertai acara berkenaan di temasya empat tahun sekali itu.
Skuad pecut wanita negara dilaporkan menduduki ranking kesembilan Olimpik, ke-11 dunia dan merupakan pasukan simpanan pertama untuk ke Olimpik Paris.
Trio pecut wanita itu dibarisi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Anis Amira Rosidi.
Nurul Izzah Izzati ketika ini menjadi satu-satunya pelumba trek wanita yang menempah slot ke Olimpik Paris bagi acara keirin dan pecut selain turut ditemani Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Dalam perkembangan lain, Amarjit mengakui gusar setiap kali pelumba negara mengambil bahagian dalam perlumbaan kompetitif dengan terdekat di Siri Piala Trek Jepun pada 9 hingga 12 Mei ini sebagai persediaan ke Olimpik kerana bimbang sekiranya berlaku perkara di luar jangka.
"Mohd Azizulhasni bersama Muhammad Shah Firdaus akan ke Jepun sebelum kembali ke Malaysia dan pada 8 Jun, mereka dijadualkan berangkat ke Eropah untuk latihan mereka," katanya.
Sukan Olimpik Paris 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Trio pecut wanita itu dibarisi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Anis Amira Rosidi. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.