KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai pasangan baharu pemain beregu lelaki negara Nur Izzzuddin Rumsani terjawab apabila beliau disahkan bergandingan dengan Muhammad Haikal Nazri.
Situasi itu sekali gus menyaksikan gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, yang diberi julukan 'Patatimo Boys', terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata Wan Muhammad Arif pula akan dipasangkan dengan Yap Roy King, yang juga merupakan pemain beregu campuran bersama Valeree Siow.
Beliau berkata keputusan itu diambil selepas Nur Izzuddin menyatakan nekad untuk berpisah dengan pasangan beregunya Goh Sze Fei atas alasan hilang kepercayaan.
"Secara jujurnya sejak dari Terbuka Jepun tahun lepas lagi Nur Izzuddin tidak gembira dengan Sze Fei. Sze Fei seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang Nur Izzuddin cakap sehinggakan mereka balik berasingan ke sini.
"Kemudian ia terjadi lagi di Kejohanan Eropah iaitu Nur Izzuddin langsung tidak gembira, terus menghantar pesanan kepada saya bertanya mengenai masalah tersebut..," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, semalam.
Rexy berkata Nur Izzuddin sememangnya kecewa kerana tidak dapat memanfaatkan sebaiknya banyak peluang untuk melakar kejayaan akibat perselisihannya dengan Sze Fei.
Mereka yang dipasangkan pada 2016 hanya berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Jerman 2022.
Rexy berkata pihak kejurulatihan telah menjalankan eksperimen ke atas gandingan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal pada Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 di Ipoh, Disember lepas dan mereka muncul juara dengan menumpaskan Sze Fei-Goh Boon Zhe, 21-17, 21-16.
Pakar beregu dari Indonesia itu juga mengesahkan Sze Fei kini dipasangkan dengan Choong Hoon Jian selepas memaklumkan mereka berdua hampir pasti dipadankan, Jumaat lepas.
Sementara itu Wan Muhammad Arif berkata walaupun pada mulanya tergamam dan agak terkilan dengan keputusan tersebut, beliau kini berasa lega selepas berbincang dengan Rexy.
"Saya sememangnya sudah jangka perpisahan akan berlaku kerana apabila naik ke pasukan senior kena bersedia (hadapi perpecahan)," kata pemain berusia 20 tahun dari Terengganu itu
Muhammad Haikal yang juga berusia 20 tahun dari Kelantan pula berharap dapat memberikan aksi terbaik bersama Nur Izzuddin.
Dalam pada itu Rexy memaklumkan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal akan dihantar menyertai Terbuka Jerman, bulan depan.
Beregu baharu itu bersama Sze Fei-Hoon Jian serta Wan Muhammad Arif-Roy King akan turut beraksi pada empat kejohanan tahun ini iaitu Cabaran Antarabangsa Thailand, Ruichang China Masters, Cabaran Antarabangsa Vietnam dan Cabaran Antarabangsa Osaka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Wan Arif-Muhammad Haikal yang dikenali sebagai 'Patatimo Boys ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Pemandu bas ekspres parah, kemalangan libat lapan kenderaan
Seorang pemandu bas ekspres parah manakala lapan lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) di Ayer Keroh.
AWANI Ringkas: Kemalangan lapan kenderaan, pemandu bas parah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran hutan: 30,000 penduduk Los Angeles dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
ASEAN perlu capai kata sepakat dalam pelaksanaan cukai minimum global - Liew
Negara anggota ASEAN digesa agar tidak bersaing dalam mengurangkan kos dari segi gaji, pemotongan cukai, atau pelepasan cukai.
Miliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam, dua individu akan kemuka representasi
Dua individu disyaki ahli GISB akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan memiliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang ditemukan selamat dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdaganan manusia dan dipaksa melakukan jenayah penipuan dalam talian.
Batu Puteh: RCI adalah hal dalaman Malaysia - Menteri Luar Singapura
Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (MSJTC), kekal menjadi platform penting untuk kedua-dua negara membincangkan isu berlarutan secara konstruktif.
Bukti diplomasi matang pemangkin limpahan ekonomi
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah satu kerjasama unik dalam menarik pasaran global secara bersama.
Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia, Dr Md Shukri Shuib berpendapat, ia mencerminkan kematangan diplomasi walaupun kedua-dua negara banyak berdepan isu berbangkit.
Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia, Dr Md Shukri Shuib berpendapat, ia mencerminkan kematangan diplomasi walaupun kedua-dua negara banyak berdepan isu berbangkit.
Penemuan objek disyaki bom: Polis masih jalankan siasatan
Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran Semporna.
Pemandu bas parah, kemalangan lapan kenderaan
Seorang pemandu bas ekspres parah, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah berhampiran persimpangan ke pusat simpanan kenderaan berat di Ayer Keroh, Melaka.
'Patatimo Boys' berpecah, Nur Izzuddin sah bersama Muhammad Haikal
Gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.
COVID-19 halang gandingan "Patatimo" beraksi di final Masters Orleans Perancis
Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Kejohanan Masters Orleans di Perancis punah.