JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong sebagai import terbaharu kelab itu.

Pengumuman itu dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini mewakili kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC.

Pemain pertahanan itu mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Portugal selain pernah bermain untuk Suwon Samsung Bluewings di Korea Selatan dan Kitchee SC di Hong Kong.

-- BERNAMA