PARIS: Biarpun mempamerkan aksi cemerlang, namun nasib masih tidak menyebelahi pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi untuk terus membawa obor perjuangan negara.

Dalam saingan Olimpik 2024 yang berlangsung hari ini, beliau terlepas peluang untuk membawa cabaran ke pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Itali, yang juga bekas juara dunia, Chiara Rebagliati.

Pada Isnin, seorang lagi pemanah recurve negara, Syaqiera Mashayikh, turut terkandas di pusingan 16.

Portal Stadium Astro melaporkan kedua-dua pemanah telah melakukan bidikan cemerlang sepanjang lima pusingan hingga terikat 5-5 dan diheret ke shoot-off.

Bagaimanapun, bidikan sembilan Ariana gagal menyaingi 10 yang dilakukan Chiara sekali gus menyaksikan wakil negara itu gagal membawa cabaran ke pusingan berikutnya.