ATLET paralimpik kebangsaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meletakkan misi mempertahankan pingat emas acara 100m T36 (celebral palsy) pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa 2017.
Kejohanan itu yang diadakan di Stadium London, England akan bermula esok hingga 23 Julai ini.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu, yang mesra dengan panggilan 'Dik Wan', yakin dapat mempertahan pingat emas yang dimenangi di Doha, Qatar pada 2015 menerusi latihan intensif yang dijalankan sejak tahun lepas.
"Kemenangan dalam beberapa kejohanan luar tahun ini seperti Kejohanan Olahraga Paralimpik Fazaa di Emiriah Arab Bersatu pada Mac lepas turut menaikkan semangat saya untuk menang emas di London.
"Jurulatih (R.Jeganathan) turut letakkan sasaran yang sama dan saya harap dapat buat yang terbaik untuk negara," katanya menerusi penterjemah kepada Bernama di sini.
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2015 itu bagaimanapun tidak meletakkan meletakkan sasaran tinggi dalam acara 200m T36 pada Kejohanan Dunia kerana sedar saingan sengit daripada peserta negara lain.
Untuk rekod, anak jati Perlis itu sekadar memenangi tempat keempat dalam acara berkenaan pada Kejohanan Dunia 2015.
Dalam pada itu, Mohamad Ridzuan yakin mampu mempertahan pingat emas dalam acara 100m dan 200m T36 pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17-23 September ini.
"Saya pernah menang dua emas dalam acara itu pada (Sukan Para ASEAN) 2015 di Singapura, jadi saya rasa ada peluang untuk menang emas kerana kita jadi tuan rumah kali ini," katanya yang turut akan menyertai acara 400m T36 pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017

Ridzuan yakin dapat mempertahan pingat emas yang dimenangi di Doha, Qatar pada 2015. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.