KUALA LUMPUR: Guru tahfiz, Muhamad Bazli Alias, tidak menyangka penampilan sulung pada temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) ternyata membawa tuah kepadanya.
Ini selepas Muhamad Bazli, 33, yang bergandingan bersama Muhammad Haziq Chek Mat, 23, menyumbang emas buat Selangor dalam acara ping pong beregu lelaki berkerusi roda kelas 1-3 (kecacatan fizikal).
Mereka menumpaskan pasangan Perak, Muhamad Faiz Fazmi Amir Hamzah-Nur Izhar Idham, 11-3, 10-12, 12-10, 9-11, 11-8, pada aksi final yang cukup mendebarkan di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.
Pengajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab di Beranang, Selangor, yang mengalami masalah saraf tunjang pada usia 13 tahun, bersyukur apabila usaha gigih sejak dua tahun lepas bagi menghadapi Para Sukma membuahkan hasil sehingga berjaya menaiki puncak tertinggi podium.
"Walaupun kami tidak mengetahui sama ada Para Sukma tetap dilangsungkan atau tidak selepas negara mengalami COVID-19, kami tetap gigih dalam sesi latihan. Saya tidak tahu nak cakap apa lagi, usaha kami akhirnya berbaloi," katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir.
Justeru, beliau berharap agar kejayaan diraihnya itu dapat membuka mata Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk kembali mempertimbangkan menghantar atlet daripada kategori berkenaan mewakili negara di peringkat antarabangsa selepas kali terakhir melakukannya pada Sukan Para ASEAN 2017 di sini.
Dalam pada itu, Muhammad Haziq, yang kini menuntut dalam bidang perniagaan antarabangsa di sebuah universiti swasta, berkongsi pandangan sama apabila mahu MSN menghantar pemain dalam kategori sama bagi menimba pengalaman beraksi pada mana-mana kejohanan di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022
Gandingan Muhammad Bazli (kanan) dan Muhammad Haziq (kiri) merangkul emas dalam acara ping pong berkerusi roda kelas 1-3 menumpaskan pasangan Perak pada aksi perlawanan akhir sempena Para Sukma XX MSN 2022 di Bukit Jalil semalam. --fotoBERNAMA
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Para Sukma: Guru tahfiz tidak sangka menang emas pada penampilan pertama
Muhamad Bazli dan Muhammad Haziq menyumbang emas buat Selangor dalam acara ping pong beregu lelaki berkerusi roda kelas 1-3.