KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), di Bukit Jalil hari ini.
Penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu, memenangi acara terjun 10 meter (m) platform wanita selepas mengumpulkan 324.70 mata, pada peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di sini.
Penerjun Australia Milly Puckeridge (289.90 mata) dan Kim Nahyun (254.10 mata) dari Korea Selatan masing-masing menang perak dan gangsa, manakala seorang lagi penerjun negara Eilisha Rania Abrial Rajagopal (231.20) di tempat keempat.
"Saya rasa prestasi pada sebelah petang lebih baik dan konsisten berbanding (pusingan awal dan separuh akhir) pagi tadi, namun perlu perbaiki dari segi taktikal dan perbaiki lagi terjunan. Saya perlu pertingkatkan kecergasan kerana apabila perlu beraksi dua atau tiga pusingan dalam satu hari, ia agak mencabar dari segi fizikal.
"Bagaimanapun, pertandingan macam ini sangat baik untuk saya, selepas sebelum ini banyak pertandingan dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Jadi, pertandingan berterusan sangat penting untuk kembali kepada normal (suasana pertandingan)," katanya kepada media selepas majlis penyampaian pingat.
Pada Ahad, Pandelela yang akan beraksi dengan pasangannya Nur Dhabitah Sabri, menyasarkan untuk menang satu lagi emas dalam acara terjun10m platform seirama.
Pandelela, yang merupakan antara penerjun Malaysia terbaik dengan memenangi pingat perak dan gangsa Olimpik, baru-baru ini hanya menduduki tempat keenam pada Piala Dunia di Berlin, Jerman bulan lepas, dan pulang dengan tangan kosong di Sukan Komanwel Birmingham pada Ogos.
Ditanya mengenai pertandingan seterusnya, beliau berkata yang beliau akan berlatih untuk Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, yang juga merupakan acara kelayakan untuk Olimpik Paris 2024 dan juga Sukan Asia Hangzhou pada September.
Sementara itu dua penerjun lelaki negara juga cemerlang, apabila Ooi Tze Liang menang emas dalam acara terjun 3m papan anjal, manakala rakan sepasukan Chew Yi Wei menang perak.
Tze Liang, 29, melakukan catatan peribadi terbaiknya musim ini dengan 441.35 mata, manakala Yi Wei, 27 mengumpulkan 406.90 mata. Penerjun Australia lchlan Cronin menang gangsa dngan 402.20 mata.
"Saya gembira untuk menang emas dengan catatan peribadi terbaik musim ini pada kejohanan terakhir tahun ini, walaupun persediaan saya tidak berapa baik kerana terpaksa bahagikan masa antara latihan saya dengan tahun akhir saya di Universiti Malaya," kata Tze Liang.
Yi Wei yang akan berpasangan dengan Tze Liang dalam acara terjun 3m papan anjal seirama esok, berharap untuk menang emas, untuk membuatkan rakyat Malaysia berbangga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Datuk Pandelela Rinong (kiri) dan Ooi Tze Liang (kanan).
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.