Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1.3 juta daripada pihak swasta dan kerajaan negeri atas pencapaian pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, bulan lepas.
Anak kelahiran Sarawak itu dihadiahkan sebuah kondominium berharga RM700,000 oleh sebuah syarikat swasta di samping insentif RM500,000 oleh kerajaan negeri dan RM100,000 daripada sebuah lagi syarikat swasta.
Unit kondominium yang dilengkapi perabot itu terletak di Bandar Baharu Batu Kawah di sini dihadiahkan oleh Tenaga Stabil Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Stabil, Hong Boon Swee menyerahkan kunci unit kondominium berkenaan kepada Pandelela sempena majlis sambutan atlet berkenaan di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.
Di samping itu, kawasan kediaman kondominium itu turut dinamakan sebagai Pandelela Rinong's Residence.
Pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, bulan lepas, Pandelela bersama Cheong Jun Hoong merangkul pingat perak dalam acara 10m platform seirama.
Sementara itu, pada majlis sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Pandelela daripada kerajaan negeri.
Selain itu, Pusat Akuatik Negeri di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong, katanya sambil menyatakan penghargaan atas kejayaan Pandelela mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.
Dalam pada itu, sebuah syarikat tempatan, Techninier Sdn. Bhd turut memberi insentif sebanyak RM100,000 kepada atlet itu.
Pandelela, dalam ucapan ringkas pada majlis itu, berkata beliau amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya rakyat Sarawak kerana sentiasa mendoakan kejayaan beliau.
Katanya beliau gembira kerana segala pengorbanannya selama ini berbaloi sehingga berjaya membawa balik pingat dari Sukan Olimpik Rio.
Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan Pandelela di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan di Dewan Suarah Kuching.
Bernama
Sat Sep 03 2016
Pandelela Rinong menerima kunci condominium berharga RM700,000 daripada sebuah syarikat swasta pada majlis sambutan perenang kelahiran Sarawak tersebut di Dewan Suarah hari ini. - Gambar Bernama
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Adik-beradik bilionair Malaysia lancar kediaman mewah di Singapura
Marina View Residences mempunyai 683 unit kondominium dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM8.56 bilion.
Pukul bapa hingga maut, buang tepi jalan
Seorang anak lelaki tergamak membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan langsir sebelum dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, pada Sabtu.
Judi online di sebalik kondominium, bangunan pejabat masuk 'jerat'
Operasi khas yang dijalankan telah berjaya menahan 17 individu berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun.
Budak maut jatuh bangunan balik kelas mengaji
Ibu mangsa yang hendak menjemputnya pulang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan raya.
Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing
Suspek yang berusia 31 tahun telah ditahan di Cheras, pada Sabtu.
Bela haiwan di kondo tapi selamba buang najis kucing dari balkoni
Menurut Tyara, dia memuat naik video berkenaan juga untuk memberi kesedaran kepada pencinta kucing.
Pekerja warga Bangladesh maut kena serangan jantung
Siasatan mendapati mangsa berumur 43 tahun itu bekerja sebagai pemasang mozek di kondominium berkenaan.