PENGENDALI pasukan negara, Kim Pan-gon tetap menyenaraikan tonggak sensasi Selangor FC, Faisal Halim dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa bertemu Syria dan China pada 6 dan 9 September di Chengdu, China.
Sebelum ini, Faisal telah digantung perlawanan selama sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 25 Julai hingga 23 Ogos susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika temu bual media selepas berdepan Sabah, April lalu.
Ia sekali gus menyaksikan Faisal terlepas tiga aksi Liga Super serta dua perlawanan Piala Malaysia dan menimbulkan persoalan mengenai peluangnya membarisi skuad negara pada perlawanan antarabangsa itu.
Dalam pada itu, Pan-gon mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan di Kuala Terengganu pada Jun lalu.
"Baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem latihan Mac yang tiada ketika kem latihan Jun iaitu kapten pasukan, Dion Cools, dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.
"Tiga pemain dari skuad Piala AFF 2022 - Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin serta Nathaniel Shio Hong Wan yang kembali dipanggil untuk kali pertama, tahun ini.
"Seramai 20 pemain pula diletakkan dalam senarai bersedia," kata FAM dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kem latihan pusat skuad negara akan bermula Selasa depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 23 2023

Sebelum ini, Faisal telah digantung perlawanan selama sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 25 Julai hingga 23 Ogos susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika temu bual media selepas berdepan Sabah, April lalu. - Gambar fail

Suri rumah didakwa bunuh suami
Seorang suri rumah didakwa atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri di Kajang.
286 isu dibangkit dalam LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya juga ingin merakamkan ucapan selamat kembali ke sekolah” - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan merakamkan ucapan kepada guru dan pelajar yang kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2025.
“Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu. #AWANInews

Organisasi media disaran sediakan pelan transformasi AI - Fahmi
Setiap organisasi media di negara ini disaran menyediakan pelan transformasi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi masing-masing.
AWANI Ringkas: SPRM siasat 138 isu LKAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Projek Jana Wibawa: Permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat didengar 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk mendengar permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi perbuatan buli
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan Kementerian pertahanan dan ATM tidak berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli. “Siasatan akan dilaksanakan dan tindakan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan pusat pada pemilihan parti 24 Mei ini.
“Pastikan Lautan China Selatan kawasan beba untuk aktiviti ekonomi”
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Malaysia akan pastikan zon maritim bebas untuk aktiviti ekonomi melibatkan minyak dan gas, aktiviti perdagangan dan aktiviti pelancongan.
“Pastikan Lautan China Selatan kawasan yang bebas dan selamat untuk aktiviti ekonomi”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Pastikan Lautan China Selatan kawasan yang bebas dan selamat untuk aktiviti ekonomi”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Pan-gon panggil Faisal Halim
Kim Pan-gon tetap menyenaraikan tonggak sensasi Selangor FC, Faisal Halim dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa bertemu Syria dan China.