KUALA TERENGGANU: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak melakukan kesilapan teknikal apabila bertemu Papua New Guinea pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Nerus, Selasa ini.
Selepas melakukan penilaian, Pan Gon mendapati kesilapan individu dan kurang bijak dalam membuat keputusan adalah antara faktor yang menjejaskan persembahan skuad kebangsaan ketika menentang Kepulauan Solomon, Rabu lepas.
Dari aspek taktikal, jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata beliau berpuas hati selepas skuad itu berjaya mendominasi keseluruhan perlawanan.
"Saya berpendapat jika kami mahu bermain permainan berkualiti tinggi, kami perlu mengurangkan masalah teknikal kecil seperti ini seperti kesilapan individu dan masalah membuat keputusan, jadi mesti perbaiki ini.
"Tapi dari segi taktikal, saya sangat berpuas hati, kami berkeyakinan dan mendominasi permainan. Kami melihat statistik terdapat tiada serangan gol ke atas gawang kami..." katanya ketika ditemui di sini.
Rabu lepas, skuad Harimau Malaya bangkit selepas ketinggalan untuk menewaskan pasukan nombor 134 dunia Kepulauan Solomon 4-1, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sekali gus menjadi kemenangan ketiga berturut-turut pasukan negara sejak Mac.
Mengulas lanjut, Pan Gon berkata pemain tengah kacukan Malaysia-Finland Nooa Laine yang tiba di sini Selasa lepas, berpotensi untuk diturunkan dalam pertemuan dengan Papua New Guinea, selain seorang lagi pemain pertahanan bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Natxo Insa dan Muhamad Feroz Baharudin yang mengalami kecederaan.
"Kami masih mempunyai beberapa orang pemain yang perlu dipantau rapi, kita tengok dalam beberapa hari ini jika mereka belum sembuh kami akan rehatkan mereka, namun kami tetap bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan untuk melawan Papua New Guinea," katanya.
Berdasarkan ranking dunia, Malaysia di kedudukan ke-138 manakala Papua New Guinea pada ranking ke-159.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Kim Pan Gon (tengah) memantau sesi latihan pasukan di bawah kelolaannya menjelang perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Pusat Latihan Terengganu FC, pada Jumaat. - Foto Bernama
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.