Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melibatkan Labosport dalam mempersiapkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil bagi konsert Ed Sheeran yang akan diadakan pada Sabtu dan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman pada 26 Mac akan datang.
Dalam satu kenyataan media, PSM berkata, sebagai langkah awal, pihaknya telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran. Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.
Selain itu, PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian, sekiranya perlu.
Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2,000 meter persegi untuk menampung keperluan padang SNBJ.
Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Feb 24 2024
Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu. - Gambar fail
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Padang SNBJ: PSM libatkan pakar bagi hadapi konsert Ed Sheeran, Kelayakan Piala Dunia
PSM libatkan tenaga pakar bagi hadapi konsert Ed Sheeran dan aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.
Pan-gon sudah jangka padang akan rosak
Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka.
Selepas berhibur, buang sampah ikut suka, di mana kesedaran sivik kita?
Konsert kumpulan K-Pop terkemuka, Blackpink di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah tentu mengegarkan stadium itu dengan persembahan memukau.
Piala AFF 2022: FAM pertimbang beberapa venue selain SNBJ
Malaysia dijangka menjadi tuan rumah bagi aksi menentang Laos serta Singapura yang dijadual berlangsung pada 24 Dis dan 3 Jan tahun hadapan.
Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal
KBS tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menaja pendapatan.
KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.