Thailand mula melakukan perang psikologi apabila menempatkan skuad kebangsaan berlatih di padang kurang sempurna menjelang aksi separuh akhir kedua di Bangkok malam esok.
Meskipun padang Expresway terletak berhampiran dengan hotel penginapan skuad Harimau Malaya, ia jelas tidak sesuai untuk sebuah pasukan kebangsaan berlatih.
Pengendali kebangsaan Datuk K.Rajagobal tidak menyembunyikan rasa kecewanya.
Tindakan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) seakan menyukarkan persiapan skuad kebangsaan menjelang aksi timbal balik di Stadium Supachalasai.
Apa pun Rajagobal tidak mahu menjadikan isu ini sebagai alasan. Malah pemain-pemain juga tampak masih komited menjalani latihan walaupun beraksi di padang yang jelas kurang sempurna.
Astro Awani
Wed Dec 12 2012
BURUK: Keadaan padang latihan yang kurang memuaskan menyukarkan skuad Harimau Malaya berlatih menjelang perlawanan menentang Thailand esok
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Misi buru gol awal menjadi buruan skuad Harimau Malaya
Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung sejak 22 November lepas bakal melabuhkan tirainya dengan final kedua yang menyaksikan dua negara berjiran, Malaysia dan Thailand bertarung.
FAM dijangka keluar surat pertuduhan Rajagobal minggu depan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
Rajagobal harap risikan di Bahrain berjaya
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal harap tinjauannya di Bahrain mampu membuahkan hasil menjelang kelayakan Piala Asia 2015.
Rajagobal tinjau pemain untuk kelayakan Piala Asia
Jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagobal buat tinjauan perkembangan pemain dalam Liga Malaysia untuk dipanggil mengikuti latihan kebangsaan.
Beri Rajagobal peluang, kata Santokh
Bekas pemain kebangsaan Datuk Santokh Singh berkata rakan lamanya telah meletakan sasaran untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia.
Padang kurang sempurna buat skuad kebangsaan
Thailand melakukan perang psikologi apabila menempatkan skuad kebangsaan berlatih di padang kurang sempurna menjelang separuh akhir kedua.