PETALING JAYA: Pengasas Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Dr P S Nathan mengumumkan untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC pada Ahad, selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Beliau ketika mengumumkan perkara itu berkata, jawatan itu akan dipangku timbalannya Datuk Mohamad Najeeb Abdullah, sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Oktober ini.
"Saya berbesar hati memberikan sepatah dua kata terutama pada malam ini kerana ia merupakan ucapan terakhir saya sebagai presiden.
"Sudah 50 tahun mengharungi susah payah dan kegemilangan. Bagi yang akan menggantikan selepas ini, juga akan menghadapi perkara sama," katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun MTBC ke-59 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Nathan merupakan pengasas MTBC bermula 1974 dan menjadi presiden sejak itu.
Sementara itu, Hannah dalam ucapannya mengumumkan suntikan dana menerusi peruntukan menteri sebanyak RM50,000 kepada MTBC untuk merancang dan melaksanakan persediaan peralihan persatuan itu.
"Sebagai tanda sokongan, saya mengakhiri ucapan di sini dengan mengumumkan RM1,000 untuk setiap tahun kewujudan persatuan ini di Malaysia. Jadi, sebanyak RM50,000 untuk MTBC melakukan aktiviti, merancang dan melaksanakan semua yang perlu dilakukan.
"Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Nathan atas segala sumbangan diberikan dan berharap anda menikmati waktu persaraan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Hannah Yeoh (dua, kanan) menyampaikan sijil Malaysia Book of Records kepada P S Nathan (dua, kiri) pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Malaysia Tenpin Bowling Congress di Sunway Pyramid malam tadi. - Gambar Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.