"Pengangkutan tidak seperti yang sepatutnya beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya agak kelam-kabut," kata Juara Dunia 100 meter gaya kupu-kupu dari Jerman, Angelina Kohler, kepada pemberita pada Sabtu selepas menghadapi masalah semasa latihan.
Dia berkata beberapa perenang terpaksa duduk di atas lantai bas.
"Itulah sebabnya kadang-kadang agak sukar. Tetapi semua orang mempunyai masalah itu. Jadi, kita akan lihat bagaimana keadaan seterusnya," kata Kohler.
Menurut laporan dalam Korea Times, perenang dari Korea Selatan telah meninggalkan Perkampungan Olimpik untuk tinggal lebih dekat dengan Arena La Defense kerana masalah pengangkutan.
Perenang gaya bebas Jerman, Isabel Gose, percaya perkhidmatan bas ulang-alik akan semakin baik.
"Ia agak kelam-kabut. Ia memang satu masalah. Tidak berfungsi langsung. Tetapi saya rasa mereka akan membetulkannya," katanya.
-- BERNAMA