ISTANBUL: Leon Marchand dari Perancis merangkul dua pingat emas untuk menjadi juara Olimpik berganda dalam satu sesi pada Rabu.

Atlet berusia 22 tahun itu muncul perenang pertama dalam sejarah memenangi acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu dan 200m kuak dada pada temasya yang sama, lapor Agensi Anadolu.

"Ini menandakan Marchand sebagai perenang Perancis pertama yang memenangi tiga pingat emas, dan dia melakukannya dalam tempoh empat hari di hadapan lebih 15,000 penonton yang bersemangat di Pusat Akuatik Olimpik," kata Paris 2024 dalam satu kenyataan.

"Kurang dua jam sebelum itu, Marchand mengalahkan Kristof Milak dari Hungary dalam acara akhir 200m kuak kupu-kupu. Milak masih memegang rekod dunia acara itu, tetapi rekod Olimpik yang dilakukannya di Tokyo 2020 telah dipecahkan oleh Marchand," tambahnya.

Perenang Perancis itu merangkul pingat emas dalam acara 200m kuak kupu-kupu untuk rekod Olimpik dengan catatan masa 1:51.21 saat, mengatasi Milak dan Ilya Kharun dari Kanada.

-- BERNAMA