Meskipun berdasarkan rekod pertemuan Tang Jie-Ee Wei mempunyai kelebihan memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won Ho-Na Eun.
Dalam aksi penuh sengit yang berakhir awal pagi Khamis, di Porte de La Chapelle Arena, pasukan lawan tampil corak permainan agresif memaksa regu negara berhempas pulas meraih mata demi mata.
Namun, pujian tetap harus diberikan kepada pasangan beregu ini selepas berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China dalam aksi kumpulan.
Pertarungan itu menyaksikan beregu campuran negara yang menduduki ranking kesembilan dunia itu berjaya menjadi juara Kumpulan D, dengan rekod 'licin' tanpa kalah yang turut berjaya menewaskan pasangan Singapura Terry Hee-Jessica Tan dan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai.
Untuk rekod, rekod terbaik skuad beregu campuran negara di Sukan Olimpik adalah di Rio pada 2016, apabila Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul perak pada acara itu.
Regu itu sekali lagi berentap di Tokyo 2020, namun sekadar terkandas di pusingan kumpulan.
Aksi suku akhir Olimpik kali ini bakal menyaksikan pertembungan dua beregu China melibatkan pilihan pertama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong melawan Yan Zhe-Dong Ping, manakala Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun mencabar Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.