Lopez, 41, meraih pingat emas dalam kategori 130 kilogram (kg) dengan menewaskan Yasmani Acosta Fernandez dari Chile dengan kutipan mata 6-0.
Juara dunia lima kali itu menyertai Sukan Olimpik keenamnya, setelah membuat kemunculan pertama temasya itu dengan menduduki tempat kelima di Athens pada 2004.
Lopez memenangi emas pertamanya dalam kelas 120 kg di Olimpik Beijing 2008, mengulangi kejayaannya di London 2012 dan meneruskan dominasinya apabila kelas berat dinaikkan kepada 130 kg, memenangi emas di Rio 2016, Tokyo 2020 dan kini di Paris 2024.
Dengan pencapaian itu, Lopez mengatasi beberapa atlet yang memenangi empat pingat emas dalam satu acara, termasuk atlet lempar cakera Amerika Syarikat Al Oerter, atlet lompat jauh Carl Lewis dan perenang Michael Phelps (200m kuak kupu-kupu) serta Katie Ledecky yang menyertai kumpulan elit dengan emas keempat dalam acara 800m gaya bebas pada Sabtu.
-- BERNAMA