KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menghadiahkan pingat emas Olimpik sepanjang kerjayanya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Chong Wei berkata, beliau sudah melakukan semua yang terdaya bagi memenangi emas sulung Olimpik buat negara.
Namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila kecundang di tiga pentas final, iaitu 2008 di Beijing, 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro.
Chong Wei mula memasang tekad untuk meraih emas selepas melihat rakan baiknya dari Indonesia, Taufik Hidayat yang bermati-matian berjuang untuk muncul juara pada Olimpik Greece 2004.
"Saya mahu pingat emas Olimpik. Saya mahu bendera Malaysia dikibarkan. Saya mahu sangat lagu Negaraku berkumandang di pentas Olimpik.
"Setiap hari 'training' mati-matian. Bangun paling awal, balik paling lambat. Arak tak pernah sentuh. Rokok pantang dicuba. Makan pun jaga," katanya.
Tetapi pingat emas yang diimpikan tetap tidak kesampaian apabila dalam percubaan ketiga di Rio pada 2016, beliau tewas di tangan pemain China, Chen Long.
"Minta maaf Malaysia. Sangat-sangat minta maaf. Tidak terdaya membawa balik pingat rahmat itu untuk rakyat Malaysia," tulisnya.
Chong Wei yang mengumumkan persaraan pada 2019, merupakan Ketua Kontinjen negara ke Olimpik dan sepatutnya turut sama ke Jepun namun terpaksa membatalkannya atas nasihat doktor.
Kepada atlet negara yang memulakan misi Olimpik hari ini, Chong Wei menitipkan pesan agar melakukan yang terbaik demi Malaysia.
"Anda harus berbangga dengan diri anda kerana berjaya beraksi di sana. Berikanlah yang terbaik, Ingat semua kerja keras yang anda lalui untuk mencapai kejayaan ini.
"Buat yang terbaik, untuk anda, keluarga, negara dan semua rakyat di negara ini untuk rakyat Malaysia," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Jul 23 2021
Chong Wei sudah melakukan semua yang terdaya bagi memenangi emas sulung Olimpik buat negara tetapi ternyata rezeki tidak memihaknya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.