HANGZHOU: Penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri terlepas menambah koleksi pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menamatkan saingan di tempat keempat acara 1 meter (m) papan anjal wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou hari ini.
Pada saingan final, Nur Dhabitah yang menduduki tempat ketiga panjang empat terjunan, dipintas saat akhir oleh penerjun Korea Selatan Kim Suji yang mengumpul keseluruhan 267.10 mata untuk merangkul gangsa.
Nur Dhabitah yang memenangi perak acara 3m papan anjal seirama bersama Wendy Ng semalam dan meraih gangsa bersama Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama Sabtu lepas, terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat dengan meraih 261.85 mata.
Pingat emas dan perak menjadi milik penerjun tuan rumah Li Yajie dan Lin Shan selepas masing-masing mengumpul 317.55 dan 303.80 mata.
Seorang lagi wakil negara Ong Ker Ying menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan 219.45 mata.
Sementara itu, penerjun lelaki negara Hanis Nazirul Jaya Surya mengakhiri saingan akhir acara 1m papan anjal lelaki di tempat keenam dengan meraih keseluruhan 296.15 mata.
Penerjun China Wang Zongyuan memenangi emas dengan mengumpul 459.50 mata diikuti rakan senegara Peng Jianfeng merangkul perak (442.45 mata) dan gangsa menjadi milik penerjun Korea Selatan Woo Haram selepas memungut 395.95 mata.
Kem terjun sudah menyumbangkan satu perak dan tiga gangsa setakat ini.
Selain acara 3m papan anjal seirama wanita dan 10m platform seirama wanita, Malaysia turut meraih dua gangsa masing-masing menerusi Ooi Tze Liang-Muhammad Syafiq Puteh dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki dan Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold dalam 10m platform seirama lelaki.
Saingan sukan terjun yang berbaki dua hari lagi menyaksikan Malaysia berpeluang menambah koleksi pingat dalam beberapa acara antaranya 10m platform wanita menerusi Pandelela esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Nur Dhabitah yang menduduki tempat ketiga panjang empat terjunan, dipintas saat akhir oleh penerjun Korea Selatan Kim Suji yang mengumpul keseluruhan 267.10 mata untuk merangkul gangsa. - Gambar fail/Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Nur Dhabitah terlepas raih pingat ketiga
Penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri terlepas menambah koleksi pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menamatkan saingan di tempat keempat acara 1 meter (m) papan anjal wanita.