HANOI: Atlet terjun wanita kebangsaan Nur Dhabitah Sabri berharap pencapaiannya merangkul pingat emas pertama negara hari ini menjadi motivasi kepada barisan atlet Kontinjen Malaysia untuk mencipta kejayaan cemerlang di Sukan SEA ke-31, di sini.
Nur Dhabitah menghadiahkan emas sulung negara di temasya sukan dwitahunan itu selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu di Pusat Akuatik My Dinh, di sini.
Atlet berusia 22 tahun itu mengaku banyak pengorbanan terpaksa dilakukan bagi seseorang atlet itu memperoleh kejayaan cemerlang, selain pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi.
"Saya harap dengan sumbangan ini boleh bagi semangat lagi kepada atlet lain untuk bekerja keras dapatkan pingat emas kerana saya tahu cabarannya bukan mudah," katanya kepada pemberita selepas acaranya berakhir.
Pada saingan hari ini, anak bongsu daripada empat beradik itu mengumpul 290.45 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk mengatasi rakan senegara Kimberly Bong Qian Ping yang meraih perak (230.00 mata) sementara gangsa menjadi milik wakil tuan rumah Ngo Phuong Mai dengan 224.00 mata.
BACA: Sukan SEA Vietnam: Dhabitah tuai emas pertama Malaysia
Ia merupakan pingat emas kelima Sukan SEA diraih Nur Dhabitah sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 2013 di Myanmar.
Mengulas mengenai saingan hari ini, Nur Dhabitah yang menduduki tempat keempat acara 3m papan anjal individu di Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkata, meskipun menjadi pilihan utama beliau tetap berasa gementar sebelum memulakan saingan.
"Macam saya cakap setiap kejohanan tak sama walaupun Sukan SEA dan saya anggap setiap pertandingan macam sesuatu yang besar, jadi saya sedikit gementar. Saya tidak fikir pasal atlet lain, saya banyak fokus pada diri sendiri untuk memperbaiki persembahan saya kerana bagi saya cabaran terbesar adalah diri sendiri," katanya.
Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas Sukan SEA keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama, Rabu ini di venue sama.
"Acara itu juga membuatkan saya rasa gementar sebab sudah tiga tahun tidak bertanding acara platform, jadi saya mahu buktikan kepada diri saya sendiri yang saya masih mampu melakukannya," katanya.
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk membawa pulang 36 pingat emas pada Sukan SEA ke-31 yang akan membuka tirainya secara rasmi 12 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Nur Dhabitah Sabri berharap pencapaiannya merangkul pingat emas pertama negara hari ini menjadi motivasi kepada barisan atlet Kontinjen Malaysia untuk mencipta kejayaan cemerlang di Sukan SEA ke-31. - Instagram/@dhabitah_sabri
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Sukan SEA: Nur Dhabitah bawa jalur gemilang di Hanoi
Dhabitah dipilih selepas memperagakan prestasi mengagumkan pada Sukan Olimpik Tokyo walaupun terlepas peluang menyumbang pingat untuk negara.