KEBANGKITAN yang dipamerkan pemain muda China di dua Kejohanan Siri Super telah menjadi amaran buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa sudah tiba masanya pelapis negara diberikan peluang beraksi di kejohanan utama.
Timbalan Presiden Datuk Seri Norza Zakaria jujur berasa gusar melihat perkembangan badminton China yang mula mengorak langkah ketengah bakat-bakat muda.
Norza telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen, mengenai formula bersesuaian agar prestasi pemain muda negara dapat dipertingkatkan.
“Saya telah berbincang dengan Frost, sudah tiba masa buat pemain muda kami untuk menyertai Kejohanan Siri Super seperti yang telah dilakukan oleh China,” kata Norza.
Qiao Bin berusia 23 tahun muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Korea Selatan sementara beregu lelaki, Li Junhui-Liu Yuchen, kedua-duanya baru berumur 21 tahun, menjuarai Terbuka Jepun.
Norza bagaimanapun tetap memuji rentak konsisten pemain negara selepas pentas Olimpik kerana sekurang-kurangnya mampu mara ke suku akhir Kejohanan Siri Super.
Namun, itu bukan satu petanda mereka boleh berpuas hati sebaliknya mahu sistem latihan sedia ada terus dipertingkatkan.
“Kami mahu skuad badminton negara mempamerkan permainan yang lebih konsisten dengan sekurang-kurangnya mara ke pusingan suku akhir dan tidak terkandas di pusingan awal.”
Ketika China menjadikan Kejohanan Siri Super sebagai lapangan ujian buat pemain pelapis mereka, Malaysia yang masih bersandarkan kepada wakil utama hanya mencatat keputusan terbaik menerusi gandingan Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang menamatkan cabaran Terbuka Korea di separuh akhir.
Astro Arena
Tue Oct 04 2016
NORZA: Sudah tiba masa buat pemain muda kami untuk menyertai Kejohanan Siri Super seperti yang telah dilakukan oleh China. - fotoBERNAMA / Fail
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Lembaran baru Lee Chong Wei
BAM merancang untuk menyerap Datuk Lee Chong Wei sebagai anggota BAM.
Norza: Sudah tiba masa hantar pelapis negara sertai kejohanan utama
Timbalan Presiden Datuk Seri Norza Zakaria jujur berasa gusar melihat perkembangan badminton China yang mula mengorak langkah ketengah bakat-bakat muda.