Turun selaku pasukan pilihan untuk meraih mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Norfarhan Mohamad sedar T-Team bukan pasukan yang boleh dipandang remeh.

Menyedari kelebihan yang dimiliki pasukannya, Norfarhan bagaimanapun mengharapkan mereka tidak tersilap langkah untuk mengambil peluang yang terhidang.

"Dua tiga hari berlatih kebelakangan ini, saya tengok pemain sudah semakin serasi, saya lihat tiada yang mustahil untuk menewaskan T-Team malam ini," tegasnya.

Apa yang menggusarkan peminat ketika ini adalah masalah dalaman yang dihadapi The Red Warriors berkenaan isu gaji yang masih tertunggak dua bulan.

Namun secara bersahaja Norfarhan hanya menjawab 'no comment' apabila isu itu disentuh sambil menunjukkan isyarat 'peace'.