Ratu skuasy negara Datuk Nicol David memulakan kempen memburu gelaran sulung Terbuka Carol Weymuller 2013 dengan mengatasi Donna Urquhart di New York, Amerika Syarikat, Jumaat.
Bagaimanapun, Nicol, selaku pilihan utama, terpaksa menghadapi tentangan sengit sebelum mengalahkan pemain Australia itu dengan keputusan, 11-8, 11-6 dan 11-4.
Mengulas kejayaan tersebut, pemain nombor satu dunia itu berkata beliau gembira dengan prestasinya walaupun melakukan beberapa kesilapan pada set pertama.
"Saya mula memperkemaskan corak permainan pada akhir set pertama dan kemudian mengekalkan prestasi mantap pada dua set berikutnya," kata Nicol seperti dipetik dalam laman web kejohanan itu, www.squashsite.co.uk.
Pada pusingan suku akhir, Nicol akan berdepan dengan pemain bukan pilihan, Dipika Pallikal, selepas pemain India itu mengejutkan pilihan kelapan, Kasey Brown dari Australia dengan keputusan 6-11, 10-12, 13-11, 11-8 dan 11-9.
Nicol, juara dunia sebanyak tujuh kali, tidak pernah menjuarai kejohanan itu sejak diperkenalkan pada 2009. Pada edisi pertama, Nicol tersingkir di peringkat separuh akhir dan gagal di peringkat suku akhir tahun lepas.
Beliau tidak mengambil bahagian pada edisi 2010 dan 2011.
Sementara itu, pemain negara Low Wee Wern turut mengiringi Nicol ke peringkat suku akhir selepas mengalahkan pemain daripada pusingan kelayakan, Nicolette Fernandes dari Guyana dengan keputusan 13-11, 11-7, 4-11 dan 11-3.
Wee Wern, 23, bagaimanapun menghadapi laluan getir di suku akhir apabila berdepan dengan pilihan kedua, Laura Massaro dari England.
Laura, yang juga pemain nombor dua dunia, mengalahkan pemain daripada pusingan kelayakan, Aisling Blake dari Ireland dengan keputusan 11-4, 11-7 dan 11-6.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai US$50,000 (RM158,811).
Bernama
Sat Oct 05 2013
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?
Selepas MoU peruntukan pembangkang ini gagal, apa langkah seterusnya untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi?
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Nicol jumpa Raneem pada separuh akhir, Wee Wern terkeluar
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka Carol Weymuller 2013 di New York.
Nicol, Wee Wern lepasi halangan pertama terbuka Carol Weymuller
Bagaimanapun, Nicol terpaksa menghadapi tentangan sengit sebelum mengalahkan pemain Australia itu dengan keputusan, 11-8, 11-6 dan 11-4.