Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menepati ramalan mara ke final apabila menewaskan Andrea Lee pada aksi separuh akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2017 di Pusat Skuasy Jalan Duta di sini pada Khamis.
Nicol, bagaimananpun dikejutkan apabila tumpas 6-11 di set pertama sebelum bangkit di tiga set berikutnya dengan kemenangan 11-4, 11-4 dan 11-4 dalam masa 31 minit perlawanan.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, pemain berusia 33 tahun itu mengakui lawannya menampilkan permainan meyakinkan terutamanya pada set pertama.
"Pada set kedua, saya perlu berada di hadapan serta memberi tekanan terhadap beliau, selain mengekalkan rentak permainan sehingga tamat perlawanan.
"Pada set ketiga dan keempat, saya tidak memberi beliau banyak ruang untuk bergerak," kata Nicol yang merupakan pilihan utama kejohanan.
Pada satu lagi aksi separuh akhir, pilihan kedua Rachel Arnold menewaskan Teh Min Jie 11-4, 11-8, 11-9 untuk berdepan Nicol pada perlawanan akhir hari ini.
"Bagi perlawanan akhir menentang Nicol, saya akan berusaha memberikan yang terbaik dan mengheret perlawanan sekurang-kurangnya selama 30 minit," kata Rachel.
Sementara itu dalam kategori lelaki, juara bertahan dan pilihan utama Nafiizwan Adnan menewaskan Syafiq Kamal 11-3, 11-2, 12-10 dalam masa 27 minit perlawanan untuk mara ke final bertemu Ivan Yuen, yang menumpaskan Ng Eain Yow 11-9, 11-8, 11-7.
"Saya sudah berdepan Ivan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga minggu lepas, di Chennai, India dan Terbuka Switzerland. Di India saya menang 3-1, namun tewas 1-3 di Switzerland.
"Saingan pastinya sengit kerana masing-masing mahukan kemenangan, tambahan pula Ivan mahu meraih gelaran kebangsaan pertamanya," kata Nafiizwan, yang juga juara kebangsaan dua kali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2017
![Nicol mara ke final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2017 Nicol mara ke final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41480437449_950x600.jpg)
Nicol bertemu Rachel Arnold hari ini di pentas final. - Gambar fail
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Malaysia gagal ke final selepas tewas kepada Mesir Malaysia gagal ke final selepas tewas kepada Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Sukan Lain/020815Squash.jpg)
Malaysia gagal ke final selepas tewas kepada Mesir
Skuad wanita negara gagal ke final apabila kalah 2-0 kepada juara bertahan Mesir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 di Eindhoven, Belanda, Isnin.