Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan prestasi cemerlangnya dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Britain apabila mara ke separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Airco Arena, Hull, England.
Pemain nombor tujuh dunia itu yang juga pilihan keenam kejohanan, mengejutkan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Britain 2015, Camille Serme dari Perancis dalam perlawanan suku akhir lewat malam tadi.
Nicol mengambil masa 39 minit untuk menyingkirkan Serme 11-6, 11-6, 11-8 dan merupakan kemenangan ke-15 beliau ke atas pemain berusia 27 tahun tersebut dalam kejohanan Siri Dunia Persatuan Skuasy Profesional.
Mengulas kemenangannya, Nicol berkata beliau bermain tanpa rasa tertekan dan mencurahkan segala kemahiran yang ada untuk menundukkan Serme yang merupakan pilihan dalam perlawanan itu susulan kejayaannya merangkul dua kejuaraan Siri Dunia - Terbuka Amerika Syarikat 2016 dan Kejohanan Juara-juara awal musim ini.
"Beliau menikmati musim yang baik dengan memenangi beberapa kejohanan Siri Dunia, sedangkan saya pula tidak rugi apa-apa. Saya bermain dengan cara saya dan curahkan segala yang saya tahu dan usaha saya berhasil. Saya sangat gembira," katanya dipetik oleh laman sesawang kejohanan www.allambritishopensquas2017.com.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau akan berusaha melakukan perkara sama dalam perlawanan separuh akhir nanti.
Nicol yang membuat penampilan separuh akhir pertama dalam Jelajah Siri dunia sejak Terbuka Hong Kong pada Ogos lalu akan bertemu pemain tuan rumah Sarah-Jane Perry untuk menempah slot ke final pada Ahad.
Perry yang juga pilihan ketujuh kejohanan, mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan pilihan ke-15 Donna Urquhart dari Australia dalam permainan lima set dengan catatan 11-4, 7-11, 13-11, 6-11 dan 11-4.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017

Nicol mengambil masa 39 minit untuk menyingkirkan Serme 11-6, 11-6, 11-8. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan prestasi cemerlangnya dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Britain apabila mara ke separuh akhir.