Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David kini semakin hampir menjuarai Cleveland Classic selepas mara ke perlawanan akhir pada Isnin.
Menurut laman sesawang www.squashsite.co.uk, pemain berusia 29 tahun itu diberi tentangan hebat oleh pilihan kelapan Madeline Perry dari Ireland sebelum menang 11-6, 11-7, 4-11 dan 11-7 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika Syarikat.
Nicol dijangka diberi saingan sengit pemain pilihan kedua kejohanan yang juga pemain nombor dua dunia Raneem El Weleily dari Mesir pada perlawanan akhir yang dijadual lewat hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu menempah tiket ke akhir selepas menyingkirkan pilihan ketiga dari England Alison Water dengan 11-9, 11-9 dan 11-5.
Sementara itu Nicol menerusi akaun Facebooknya berkata beliau gembira kerana berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan terbabit untuk tahun kedua berturut-turut.
"Rasa hebat dapat ke perlawanan akhir selepas menewaskan Madeline dengan 3-1," katanya.
Nicol turut berterima kasih kepada Persatuan Skuasy Wanita (WSA) yang memberi anugerah 'Heather McKay Player of the Year' kepadanya, susulan prestasi cemerlang beliau tahun lepas.
Bernama
Tue Feb 05 2013

UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Nicol David hilang gelaran no.1
Ranking ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tergelincir ke tangga kedua dalam ranking terbaru yag dikeluarkan Persekutuan Skuasy Dunia hari ini.

Nicol hampiri kejuaraan sulung tahun ini
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David kini semakin hampir menjuarai Cleveland Classic selepas mara ke perlawanan akhir pada Isnin.