Harapan Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk merangkul kejuaran dunia buat kali kesembilan berkecai apabila tewas kepada pemain nombor dua dunia, Nour El Sherbini dari Mesir, pada perlawanan suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia PSA NAZA 2016, malam tadi.
Meskipun mendapat sokongan kuat penyokong tuan rumah dan kedua ibu bapanya yang datang dari Pulau Pinang, Nicol gagal untuk menandingi pemain Mesir itu apabila tewas, 14-12, 4-11, 11-3 dan 11-7 dalam perlawanan 47 minit yang berlangsung di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.
Untuk rekod, Nicol memenangi kejuaraan dunia sebanyak lapan kali - 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.
Dengan kemenangan itu, Sherbini yang juga naib juara dunia 2013, mencatat rekod pertemuan mereka kepada 6-4.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Nicol berkata beliau melakukan yang terbaik ketika berdepan Sherbini dalam pertemuan kali ke-10 mereka setakat ini, sambil menambah pemain Mesir itu, mempunyai elemen tersendiri untuk memenangi perlawanan hari ini.
"Ia adalah sesuatu yang sukar, sama sekali mengecewakan apabila tewas dalam perlawanan ini. Jika saya memperoleh (kemenangan) perlawanan pertama, ia mungkin cerita yang berbeza...namun saya hanya membiarkan Sherbini mendapat keyakinannya dalam permainan ketiga dan sepatutnya melakukanya lebih awal.
"Akhirnya, saya cuba untuk kembali, berjuang dan melakukan apa yang terdaya...mengatur beberapa perkara pada masa yang sesuai (tetapi ia tetap sama) ...hanya kekecewaan," kata Nicol.
Pemain nombor lima dunia itu berkata beliau kini akan memberi tumpuan kepada musim penamat, siri final Kejohanan PSA Dunia 2015/2016 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari 24-28 Mei sebelum berehat panjang.
Nicol juga berjanji untuk kembali bertenaga pada Kejohanan Dunia akan datang, sambil menegaskan beliau belum bersedia untuk bersara meskipun terdapat pihak yang berpendapat beliau harus berbuat demikian selepas mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan, sejak akhir-akhir ini.
Bagi Sherbini, kemenangan itu sungguh bermakna lebih-lebih lagi dapat menewaskan Nicol di laman sendiri.
Sebelum ini, Sherbini mengalahkan Nicol dalam tiga pertemuan musim ini -- 'Tournament of Champions' pada Januari, Kejohanan Terbuka Windy City pada Februari dan Terbuka British, bulan lepas.
Gadis berusia 20 tahun, kelahiran Iskandariah, Mesir itu berkata beliau akan memberi tumpuan kepada perlawanan separuh akhir esok, dan bukannya berfikir untuk menjadi rakyat Mesir pertama merangkul kejuaraan dunia.
"Sudah tentu, setiap pemain seboleh-bolehnya mahu memenangi kejohanan ini, tetapi saya akan menuju selangkah demi selangkah," kata Sherbini yang berhasrat untuk melihat semua pemain Mesir mara ke perlawanan akhir, Sabtu ini.
Bernama
Thu Apr 28 2016

Dengan kemenangan itu, Sherbini yang juga naib juara dunia 2013, mencatat rekod pertemuan mereka kepada 6-4. - Gambar Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Nicol gagal pertahanan kejuaraan dunia, tewas kepada Sherbini pada suku akhir
Harapan Ratu skuasy negara, Datuk Nicol untuk merangkul kejuaran dunia buat kali kesembilan berkecai apabila tewas kepada pemain nombor dua dunia, Nour El Sherbini dari Mesir.