Ratu skuasy dunia Nicol David gagal mempertahankan gelaran Cleveland Classic selepas tewas di persaingan akhir yang berlangsung di Ohio pada Selasa.

Pemain Malaysia itu tewas 11-3, 5-11, 11-9, 5-11, 9-11 kepada pemain Mesir, Raneem El Weleil. Keputusan itu dipaparkan di akaun Twitter @SquashSite.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Nicol berkata; "Raneem berjaya dalam perlawanan ini selepas perlawanan yang berakhir 3-2. Satu minggu yang paling hebat di Cleveland dan saya akan kembali lagi pada tahun hadapan."

Terdahulu, Nicol dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahun Ini WSA Heather McKay untuk kali ketujuh.