NEYMAR berkata bahawa satu-satunya penyesalannya ketika ini adalah tidak menumbuk muka Alvaro selepas diarahkan keluar padang ketika Paris Saint-Germain (PSG) tewas 0-1 kepada Marseille dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi tadi.
Bintang Brazil itu merupakan salah seorang daripada lima pemain yang dilayangkan kad merah dalam waktu kecederaan perlawanan Le Classique itu.
Neymar mendakwa Alvaro memainkan isu perkauman ketika dilihat bercakap kepada pegawai keempat perlawanan itu sebelum meninggalkan padang.
Ia selepas rakaman video menunjukkan Neymar memukul belakang kepala pertahanan berkenaan.
Selepas perlawanan itu, Neymar menciap dalam Twitter dengan berkata bahawa dia sepatutnya menumbuk pemain Marseille itu tepat di mukanya.
"Satu-satunya perkara yang saya sesalkan adalah kerana tidak menumbuknya di muka," katanya.
Leandro Paredes, Layvin Kurzawa, Jordan Amavi dan Dario Benedetto turut diarahkan keluar padang dalam waktu kecederaan.
Jaringan Florian Thauvin dalam babak pertama sudah cukup untuk memberikan Marseille kemenangan 1-0, sekali gus memastikan PSG tewas buat kali kedua dalam saingan awal Ligue 1 musim ini.
Astro Arena
Mon Sep 14 2020
Neymar (kiri) kelihatan memarahi Alvaro ketika perlawanan Ligue 1 antara PSG dan Olympique de Marseille di Parc des Princes, Paris, Perancis, 13 Sept, 2020. REUTERS
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Neymar sesal tidak tumbuk muka Alvaro selepas kad merah
Neymar mendakwa Alvaro memainkan isu perkauman ketika dilihat bercakap kepada pegawai keempat perlawanan itu sebelum meninggalkan padang.