Aksi cemerlang Neymar membantu Santos menewaskan Botafogo-Ribeirao tiga jaringan tanpa balas lalu mendapat tiga mata daripada perlawanan itu.

Ia juga kemenangan kedua Santos dalam saingan musim baru ini.

Kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatkan sepenuhnya Santos bagi menguasai permainan.

Kebuntuan jaringan terlerai pada minit ke-33 selepas Cicero pantas membuat tindakan susulan.

Empat minit sebelum rehat giliran Cicero mencipta gerakan buat Neymar menggandakan pendahuluan tuan rumah.

Masuk babak kedua, Santos kekal dengan aksi konsisten. Pemain gentian mereka Ezequiel Miralles memastikan tiga mata penuh buat Santos dengan gol ketiga pada masa kecederaan.

Ia berpunca dari hantaran Neymar sebelum percubaan Miralles melepasi jangkauan Rafael Santos di gawang pelawat.