Newcastle United dikejutkan di laman sendiri apabila tewas 2-1 kepada Everton.

Beraksi di Saint James Park, Newcastle tidak menunggu lama untuk didepan. Memasuki minit kedua perlawanan, Papiss Cisse mencerikan penyokong tempatan dengan menanduk masuk gol pendahuluan.

Everton yang tersentak dengan jaringan itu bangkit memperkemaskan permainan. Dua minit menuju rehat, Everton kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Leighton Baines yang tepat menerjah gawang tuan rumah.

Bersambung babak kedua, Newcastle terus menguasai permainan. Namun tuah lebih memihak kepada pelawat apabila Victor Anichebe menjaringkan gol kedua buat Everton di minit ke-60.

Kemenangan itu membolehkan Everton menghuni tangga ke-lima Liga Perdana Inggeris dengan 36 mata manakala Newcastle ke-15.