LIGA Perdana Inggeris Selasa mengumumkan identiti visual baharu termasuk sebuah logo untuk musim 2016/17.
Menurut Sky Sports, reka bentuk logo itu menyaksikan Liga Perdana Inggeris tidak lagi dikenali sebagai ‘Barclays Premier League’ namun hanya ‘Premier League’ bermula musim hadapan.
Imej singa yang menjadi logo liga berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 1992 bagaimanapun dikekalkan.
Menurut pengarah urusan Premier League, Richard Masters, keputusan untuk tidak menggunakan jenama penaja sebagai nama liga diambil untuk mempersembahkan liga sebagai satu organisasi dan pertandingan dengan imej tersendiri.
Imej baharu ini juga disifatkan Masters sebagai relevan, moden, dan fleksibel seterusnya membantu mereka meraikan semua pihak yang terlibat dengan Premier League.
Ketiadaan penaja utama bermakna Premier League bakal beroperasi dengan mekanisme tajaan berbeza. Media tempatan melaporkan tujuh slot penaja bakal diisi dengan Nike dan EA Sports telah mengesahkan tajaan.
Netizen berbeza pendapat tentang logo baharu
Pengumuman logo baharu disambut dengan reaksi bercampur-campur oleh netizen.
Ada yang memuji logo berkenaan.
Namun ramai netizen yang tidak menyambut baik malah mempersendakan logo baharu tersebut.
Nizam Bakeri
Tue Feb 09 2016
Tanpa penaja sebagai nama liga, Premier League bakal menggunakan mekanisme tajaan lain yang mengumpulkan tujuh penaja musim hadapan termasuk Nike dan EA Sports yang mengesahkan tajaan - Foto Twitter/Creative Reviews
Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye perkukuhkan hubungan bilateral - TPM Fadillah
Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Malaysia wajar sedia pelan kontingensi hadapi dasar Trump 2.0 - Penganalisis
Ini penting bagi membolehkan Malaysia mampu tangani risiko daripada langkah perdagangan bersifat punitif dengan mempelbagai pasaran eksport.
Malaysia tekad jadikan Visi Komuniti ASEAN 2045 dokumen teras kerjasama serantau
ASEAN akan melancarkan visi dan pelan strategiknya yang menggariskan hala tuju strategik rantau itu bagi 20 tahun akan datang pada 2025.
Tuntutan berkaitan plat MADANI: 'Kalau nak saman, cubalah nasib' - Loke
Loke menegaskan kuasa untuk mendaftarkan sebarang nombor pendaftaran kenderaan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.
Netizen persenda logo baharu Liga Perdana Inggeris musim 2016/17
Liga paling popular di dunia itu juga bakal dikenali sebagai 'Premier League' semata-mata tanpa sebarang jenama penaja pada nama liga.