Pemain tengah Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah meludah pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, 19 Ogos lepas, dikenakan penggantungan enam perlawanan.
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pada Khamis turut memberi amaran keras kepada pemain berusia 21 tahun itu yang akan berdepan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama.
FAM dalam artikel yang disiarkan pada laman webnya, memaklumkan Nazmi digantung tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki tiga perlawanan seterusnya bergantung kepada kelakuan yang ditunjukkan pemain berkenaan.
Keputusan yang dibuat berdasarkan Artikel 40 Kod Tatatertib FAM 2015 itu, menyaksikan Nazmi bakal terlepas dua aksi pusingan awal Kumpulan C Piala Malaysia menentang Kelantan dan T-Team, masing-masing pada 12 dan 19 September ini.
Pemain itu sudah menjalani penggantungan automatik pada aksi Liga Super antara Selangor dan Perak pada 22 Ogos lepas di Stadium Perak.
Nazmi, bagaimanapun, boleh mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman itu.
Pemain itu bertindak meludah penyerang Kelantan, Erwin Carillo sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri ketika Selangor mengalahkan Kelantan 3-0 di laman sendiri pada aksi Liga Super, 19 Ogos lepas.
Pada Jun lepas, Nazmi turut digantung enam perlawanan selepas meludah pemain Timor Leste, Filipe Oliveira dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Sukan SEA Singapura.
Bernama
Thu Sep 10 2015

Nazmi, bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman itu. - Foto Fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Nazmi Faiz digantung 6 perlawanan kerana meludah
Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah meludah pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, 19 Ogos lepas.