LUMUT: Penganjur Projek Tongkat: Stand with Palestine yang kini dalam misi jelajahnya dari 18 hingga 26 November, masih terputus hubungan dengan pasukan Bola Sepak Orang Kudung As-Salam FC dari Gaza.
Pengarah projek Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata pasukan itu sepatutnya turut menyertai jelajah berkenaan, namun disebabkan serangan terhadap Gaza, mereka tidak dapat datang ke Malaysia selain gagal dihubungi hingga kini.
Beliau berkata pasukan yang sepatutnya tiba di Malaysia pada 15 November lepas itu turut meninggalkan pesanan yang cukup bermakna buat pihaknya.
"Pray for us brother (doakan kami saudaraku), itulah kata-kata terakhir yang kami terima daripada mereka selepas siri serangan tentera Israel ke bumi Gaza sejak Oktober ... kami tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau terkorban dalam peperangan itu, tiada khabar berita daripada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan amal antara pasukan Bola Sepak Orang Kudung Perak dengan pasukan Bola Sepak Orang Kudung Kebangsaan di Padang Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) dekat sini hari ini.
Ahmad Munawwar berkata pihaknya berharap penganjuran jelajah itu dapat membuka mata masyarakat dunia terhadap kekejaman Israel dan membawa mesej bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) turut berhak mendapat tempat dalam sukan.
"Kita faham keadaan di sana kerana setiap hari hidup dalam ketakutan, namun kami di sini mengharapkan mereka sentiasa bangkit sepertimana semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Bola Sepak Orang Kudung As-Salam FC.
"Pemain negara kita, mereka menjadi kudung akibat kemalangan. Tetapi saudara kita di Gaza kudung disebabkan peperangan sama ada dibom atau ditembak.
"Kami di sini akan sentiasa terus membawa semangat mereka dan kami akan tunjukkan kepada dunia bahawa Projek Tongkat ini membawa misi solidariti kepada rakyat Palestin melalui bola sepak orang kudung ... sukan boleh menyatukan semua, tidak kira agama, bangsa dan negara," katanya.
Projek Tongkat merupakan anjuran bersama beberapa badan bukan kerajaan iaitu BeVital, The Ohana, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dan Pan-Disability Football serta disokong sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Jelajah yang bermula Sabtu lepas di Johor dan akan berakhir di Putrajaya Ahad ini bertujuan memberi kesedaran mengenai Projek Tongkat dengan memperkenalkan sukan bola sepak kudung kepada individu OKU, di samping mendedahkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Gaza.
Pada perlawanan hari ini, pasukan Bola Sepak Orang Kudung Perak berjaya menundukkan skuad Bola Sepak Orang Kudung Kebangsaan 7-6 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Ahmad Munawwar (paling kanan) berkata, pasukan itu sepatutnya turut menyertai jelajah berkenaan, namun disebabkan serangan terhadap Gaza, mereka tidak dapat datang ke Malaysia. - Bernama
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
Nasib pasukan bola sepak orang kudung dari Gaza tidak diketahui
Pasukan itu sepatutnya turut menyertai jelajah berkenaan, namun disebabkan serangan terhadap Gaza, mereka tidak dapat datang ke Malaysia.
Penjenayah Itali ditahan selepas meraikan kemenangan Napoli
La Porta didakwa di Itali atas tuduhan bersuhabat dengan kumpulan jenayah, mengelak daripada membayar cukai dan penipuan.
Nama Perak FA akan ditukar menjadi Perak FC
Datuk Adly Shah Ahmad berkata, pihaknya kini dalam proses untuk menukar nama itu dari Bos Gaurus FC kepada Perak FC.
Di sini Harimau Malaya akan beraksi! Ini fakta tentang Stadium My Dinh, Hanoi
Ribuan rakyat Malaysia menempah penerbangan mereka ke Hanoi untuk bersama-sama meminjamkan kekuatan dan semangat kepada pasukan pimpinan Tan Cheng Hoe ini.
Remaja terperangkap akhirnya tidur beralaskan bantal
Kebanyakkan remaja yang terperangkap bangkit awal bagi menyertai upacara keagamaan bersama ahli keluarga mereka.
Raja Thailand anugerah pangkat anumerta Lt Komander kepada penyelam yang gugur
Mendiang Saman Kunan, 38 tahun, dinaikkan pangkat kepada Lt Komander.
Akhirnya jurulatih diselamatkan, trauma mangsa gua Tham Luang berakhir
Mangsa terakhir yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak itu dibawa keluar kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan.
SAR Tham Luang: Berbaki dua mangsa, pelajar ke-10, ke-11 diselamat
Sekaligus fokus pasukan penyelamat ketika ini adalah membawa keluar seorang lagi pelajar serta jurulatihnya.
Gua Tham Luang: Ini cabaran yang harus dilalui pasukan penyelam
Laluan sempit dan air lumpur harus dilalui pasukan penyelam selama tujuh jam sebelum tiba di tempat 13 mangsa berada.