IPOH:Selepas menyelesaikan proses penswastaan kelab dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Perak perlu mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK) negeri untuk menggunakan nama Perak FC, dalam penjenamaan baharu itu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, nama Perak FC boleh digunakan bagi menggantikan Perak FA selepas diluluskan MMK yang akan bermesyuarat esok.
Katanya, penggunaan nama Bos Gaurus FC adalah hanya untuk menyelesaikan urusan pendaftaran kelab dengan segera, pada bulan lepas.
"Kalau kita sudah meluluskannya esok, kita teruskan proses dengan guna nama Perak FC jadi kalau rakyat mahu mula guna nama itu pun boleh, tetapi proses untuk membuat syarikat menggunakan nama negeri atau jata negeri mestilah mendapatkan kelulusan MMK, jadi rakyat jangan panik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Seminar Integriti Peringkat Negeri Perak, anjuran kerajaan negeri bersama Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak di sini, hari ini.
Pada 2 Okt lepas, akhbar tempatan melaporkan Perak akan menggunakan nama BGFC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan, berdasarkan kepada pendaftaran proses penswastaan kelab, bagaimanapun kebanyakan penyokong mahu nama Perak dikekalkan untuk pasukan itu.
"Rakyat dan penyokong bola sepak di luar sana jangan bimbang kerana saya sendiri peminat tegar pasukan bola sepak Perak, maka sudah tentu kita tidak akan menggunakan nama lain selain Perak.
"Nama Bos Gaurus FC itu akan tukar kepada Perak FC. Apa yang penting kita hendak menang dalam perlawanan terakhir. Insya Allah saya doakan berjaya dan dapat masuk pertandingan Piala AFC pada musim akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 06 2020

AHMAD FAIZAL: Penggunaan nama Bos Gaurus FC adalah hanya untuk menyelesaikan urusan pendaftaran kelab dengan segera, pada bulan lepas. - Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Nama Bos Gaurus FC hanya sementara - Ahmad Faizal
Nama Perak FC boleh digunakan bagi menggantikan Perak FA selepas diluluskan MMK yang akan bermesyuarat esok.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.