Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah atas kemenangan Harimau Malaya yang berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014.

Najib menerusi catatan terbaharu di laman Twitter melahirkan rasa bangganya bersama semua rakyat Malaysia.

"Alhamdullilah dan syabas kepada Harimau Malaya. Menang dengan Gaya! Saya amat bangga bersama semua Rakyat Malaysia."



Selepas kalah 1-2 pada separuh akhir pertama di Shah Alam Ahad lepas, Harimau Malaya berjaya bangkit menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada aksi timbal balik di Hanoi, Vietnam sebentar tadi.

Semua gol kemenangan malaysia dijaringkan pada babak pertama.