Andy Murray menetapkan sasarannya untuk kembali beraksi di Australia pada awal tahun nanti, begitupun dia tidak akan tergesa-gesa untuk kembali ke Jelajah Dunia ATP.
Disebabkan masalah pinggul yang berulang, Murray, yang memulakan musim 2016 sebagai pemain nombor satu dunia, terpaksa berehat panjang sejak gagal mempertahankan gelaran Terbuka Wimbledon apabila terkandas dalam suku akhir kepada Sam Querrey, Julai lalu.
Akibat kurang beraksi, ranking pemain Britain itu tergelincir ke tangga 16 dunia dan akan terlibat dalam perlawanan pertunjukkan menentang Roger Federer di Glasgow, minggu ini.
Menjelang aksi itu, Murray berharap dia layak beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa Brisbane yang bermula pada 1 Januari nanti sekiranya keadaan fizikalnya mengizinkan.
"Saya berharap untuk berada di sana (di Brisbane), pemulihan saya berjalan dengan lancar namun saya belum pasti lagi sejauh mana tahap sebenarnya dan hanya akan menilainya secara mingguan," katanya.
"Saya pernah mengalami detik sukar dan semuanya berlaku sekelip mata. Saya telah berlatih selama beberapa minggu. Ada masanya saya berasa hebat dan begitulah sebaliknya.
"Bagaimanapun, saya akan kembali apabila saya bersedia dan apabila 100 peratus cergas. Saya mungkin membuat kesilapan besar apabila cuba beraksi dalam Terbuka Amerika Syarikat kerana ia merupakan kejohanan utama yang terakhir pada tahun ini, sebab itulah saya mahu mencubanya.
"Kini sudah tiba masanya untuk memberikan tubuh saya rehat dan pemulihan yang diperlukan, saya akan kembali apabila saya bersedia."
Astro Arena
Wed Nov 08 2017
Murray berharap dia layak beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa Brisbane yang bermula pada 1 Januari nanti sekiranya keadaan fizikalnya mengizinkan. - Gambar fail
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Lelaki tikam dua beranak hingga maut direman tujuh hari
Seorang lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Ayer Itam direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Pegawai kadet didakwa tekap seterika di tubuh pelatih junior
Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.
[TERKINI] Vivy, Fadza beri keterangan lebih lima jam ke SPRM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod keterangan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Olimpik Paris 2024: Andy Murray gantung raket sejurus perjuangan berakhir
Andy Murray menutup kariernya sebaik perjuangannya dengan Dan Evans dalam Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.
Andy Murray sahkan bersara selepas Olimpik Paris
Pemain Britain Andy Murray mengesahkan dia akan bersara selepas Sukan Olimpik 2024.
Terbuka Miami: Andy Murray lanjut tempoh rehat susulan kecederaan buku lali
Murray rebah ke lantai selepas cedera di pergelangan kakinya ketika berlari ke arah jaring untuk mendapatkan pukulan.
Masters Paris: Andy Murray akui sudah tidak seronok main tenis
Andy Murray mengakui sudah tidak lagi seronok dengan permainannya selepas tewas dalam pusingan pertama Tenis Masters Paris.
Tenis Terbuka AS: Murray lakar kemenangan ke-200 saingan Grand Slam
Andy Murray memenangi perlawanan grand slam yang ke-200 dengan kemenangan tiga set ke atas wakil Perancis, Corentin Moutet, di Terbuka AS.
Tenis Winbledon: Novak Djokovic atasi Stan Wawrinka, lolos ke pusingan keempat
Novak Djokovic menewaskan Stan Wawrinka dalam saingan Wimbledon untuk menempah tempat ke pusingan keempat.
Tenis Wimbledon: Perintah berkurung, kecederaan nyaris jejas peluang Andy Murray
Murray cuba menjelmakan prestasi jitu menerusi ketabahan, kemahiran dan kawalannya di atas gelanggang rumput apabila mendahului permainan.
Masters Monte Carlo: Wawrinka bangkit raih kemenangan, Murray terkandas
Kedua-dua pemain itu, yang merupakan pemenang tiga gelaran grand slam, melalui nasib berbeza dalam kejohanan berkenaan.
Terbuka Perancis: Murray sahkan tidak ambil bahagian
Murray mengalami masalah yang teruk dengan kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Terbuka Vienna: Atasi Hurkacz, Murray mara ke pusingan kedua
Murray meraih kemenangan yang mengambil masa dua jam dan 40 minit dalam pertembungan tiga set.