SEPANG: Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat.
Atlet berusia 18 tahun itu berkata keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.
"Kalau saya pilih Houston, di sana ada satu komuniti Islam besar yang dapat menjamin keadaan saya selain universiti itu telah melahirkan pelari pecut bertaraf duna dan terdapat jurulatih terbaik.
"Saya juga dapat tawaran daripada Universiti Auburn yang akademiknya lebih baik daripada universiti sukan lain. Apa-apa pun saya fikirkan yang terbaik untuk saya," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, atlet kelahiran Perak itu membuat keputusan untuk ke Universiti Houston yang baru sahaja melantik pemenang pingat emas sembilan kali Sukan Olimpik, Carl Lewis sebagai ketua jurulatih olahraga dan balapan.
Muhammad Azeem sebelum ini mencipta rekod baharu 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia yang menyaksikan beliau memadam rekod lama 10.18s milik bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan.
Bagaimanapun impian untuk menaiki podium pada kejohanan itu tidak kesampaian selepas beliau menamatkan saingan acara 100m lelaki di tempat kelima pada 3 Ogos lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran pelumba Thailand, Puripol Bonsoon yang disifatkan bakal menjadi seterunya di kejohanan akan datang, Muhammad Azeem sebaliknya tidak beranggapan begitu.
Baginya kehadiran Puripol merupakan bukti atlet Asia Tenggara mampu membuat larian dengan catatan masa bertaraf dunia.
"Bagi saya, dalam masa terdekat ini, kita mampu lihat dalam Asia Tenggara saja, malah Asia, kita dapat buktikan kita ada banyak pelari pecut yang dapat melakukan catatan masa seperti pelari pecut dunia yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Sebelum ini, Azeem membuat keputusan untuk ke Universiti Houston yang baru sahaja melantik pemenang pingat emas sembilan kali Sukan Olimpik, Carl Lewis sebagai ketua jurulatih olahraga dan balapan. - Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat.