KUALA LUMPUR: Seramai tiga pemain dan dua pegawai pasukan terlibat dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 masing-masing dikenakan hukuman penggantungan perlawanan kerana berkelakuan ganas serta tidak bersemangat kesukanan.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dalam kenyataan hari ini berkata hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM.
Tiga pemain itu adalah Muhamad Norakmal Norizal yang mewakili pasukan Perak, Muhammad Amirul Sugito (Selangor TOT United) dan Muhammad Hamzah Ahmad (Kedah) manakala dua pegawai pasukan adalah Mohd Zulhilmi Razali (PDRM FC) dan S Devandran dari KL City FC.
Muhamad Norakmal dan Muhammad Amirul yang melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM masing-masing dihukum dengan penggantungan tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik.
Pada masa sama, Muhammad Hamzah dan Mohd Zulhilmi yang didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan dengan Mohd Zulhimi turut dikenakan denda sebanyak RM1,000.
Sementara itu, Devandran yang melanggar Artikel 62 Kod Tatatertib FAM dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan.
Dalam pada itu, Baljit Singh berkata walaupun keputusan hukuman itu boleh dirayu namun kesemua pemain dan pegawai terlibat diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022
Walaupun keputusan hukuman itu boleh dirayu namun kesemua pemain dan pegawai terlibat diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama. - Gambar hiasan/ Wikimedia
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
MPFL: Tiga pemain, dua pegawai digantung perlawanan kerana kelakuan ganas
Hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM.
FAM anjak tarikh sepak mula tiga pertandingan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penganjuran Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim ini terpaksa ditangguhkan sehingga September.