Jose Mourinho secara rasmi memulakan tugas sebagai pengurus Manchester United hari ini.

Bekas pengendali Chelsea itu, yang telah dilantik pada bulan Mei untuk menggantikan Louis Van Gaal, dilaporkan berada di kompleks latihan kelab.

The 'Special One' itu telah menandatangani pemain pertahanan, Eric Bailly, dan penyerang, Zlatan Ibrahimovic, dan terkini bintang Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan, sudah hampir mencapai persetujuan.

Turut dalam perbincangan ialah ikhtiar untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Pachuca, Hirving Lozano.

Mourinho memulakan kerjayanya di United tanpa kelibat Ryan Giggs yang telah menolak peranan sebagai penolong pengurus dan mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab itu selepas 29 tahun.

Perlawanan pertama Mourinho selaku pengurus United ialah berdepan Borussia Dortmund di China pada 22 Julai sebelum pertemuan dengan seterunya, Pep Guardiola, bersama pasukan Manchester City, tiga hari kemudian.

Musim United akan bermula dengan perlawanan sumbangsih berdepan Leicester City pada 7 Ogos dan memulakan kempen Liga Perdana di AFC Bournemouth pada 13 Ogos.