Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengesahkan bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai Chef-de-Mission (CDM) ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pencalonan ikon sukan negara itu telah dipersetujui sebulat suara oleh seluruh ahli gabungan MOM.
Mohamad Norza berkata setakat ini hanya jawatan CDM diwujudkan dan keperluan untuk mewujudkan jawatan Timbalan CDM bergantung kepada keperluan semasa termasuk mengambil kira tahap kesihatan Chong Wei.
"Seluruh wakil yang datang daripada badan-badan sukan telah sebulat suara bersetuju dengan pencalonan Datuk Lee Chong Wei yang dicadangkan Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) baru-baru ini.
"Kita hanya akan dapat tahu saiz kontinjen negara pada awal tahun hadapan dan sekiranya pada waktu itu kami perlukan pembantu mungkin kita akan pertimbangkan untuk melantik seorang Timbalan CDM. Berdasarkan jumlah atlet yang telah layak setakat ini, hanya seorang CDM kita perlu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Wisma MOM di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Norza menyifatkan pelantikan Chong Wei itu satu perkembangan dan pendedahan positif terutama buat Chong Wei dalam meniti perjalanan sebagai seorang ikon sukan pasca persaraannya baru-baru ini.
Menurut beliau, satu seminar berkaitan peranan menyeluruh CDM akan diadakan pada Ogos ini.
"Beliau bersara sebagai seorang atlet yang begitu berjaya dan selama ini beliau melihat dari jauh bagaimana proses pengurusan melibatkan temasya sukan. Chong Wei terlibat dengan kesemua acara sukan yang besar di dunia dan Sukan Olimpik bukan sesuatu yang asing buat dirinya.
"Pelantikan ini satu pendedahan yang baik untuk beliau dan kami akan menjemput beliau menyertai satu seminar berkaitan CDM ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diadakan pada Ogos ini," tambah beliau.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata MOM hari ini bersetuju untuk menerima permohonan Persekutuan Ski Malaysia (MySkate) dan Persatuan Floorball Malaysia untuk menjadi ahli bersekutu MOM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2019
Pencalonan ikon negara itu telah dipersetujui sebulat suara oleh seluruh ahli gabungan MOM. - Gambar fail
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
KKM, MKN sedia bantu atlet di Tokyo andai mereka positif COVID-19 - Ismail Sabri
Ismail Sabri menasihatkan atlet supaya tidak risau dan memberi persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.
Chong Wei harap mampu 'hadiah' emas pertama Olimpik
Chong Wei berharap para atlet dapat bersedia dari segi mental dan fizikal, untuk menyertai Sukan Olimpik.
Kecederaan pesilat negara, Faizul beri impak kepada pesilat lain - CDM
Kecederaan Pesilat Negara Muhammad Faizul M Nasir selepas tewas kepada peserta tuan rumah dilihat menjejaskan semangat dan moral pesilat yang lain.
Sukma: RM10,000 menanti atlet Melaka pecah rekod kebangsaan
Atlet negeri Melaya yang berjaya memecahkan rekod Sukma pula akan menerima insentif wang tunai RM5,000.
Mirnawan Nawawi calon Chef de Mission ke Rio?
Legenda hoki negara, Mirnawan Nawawi menerima berita mengejutkan apabila dikatikan sebagai salah seorang calon untuk Chef de Mission ke Sukan Olimpik Rio 2016.