Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersetuju untuk memberikan geran kepada 23 ahlinya dan tujuh ahli bersekutu OCM yang terjejas oleh wabak COVID-19.

MOM dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM meluluskan geran berjumlah RM265,000 kepada 30 persatuan sukan kebangsaan (NSA) dengan maksimum RM10,000 untuk setiap NSA.

Badan induk sukan itu berkata geran berkenaan akan disalurkan minggu depan.

Terdahulu, MOM telah menyediakan Dana Khas COVID-19 untuk membantu NSA dengan perbelanjaan pentadbiran mereka pada saat pembatalan dan ketidakupayaan untuk menganjurkan acara sukan khususnya telah menjejaskan aliran pendapatan mereka.

-- BERNAMA