KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menjadi pilihan utama mengisi slot pelumba lelaki ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini.
Jurulatih berbasikal para negara Sallehudin Mohd Noh berkata Mohamad Yusof kian pasti menyambar slot diperolehi Malaysia susulan prestasi memberangsangkan sejak kebelakangan ini, sekali gus membuat penampilan kedua di Sukan Paralimpik selepas Tokyo 2020.
"Memang kita namakan Muhamad Yusof sebagai calon kuat kita untuk ke Sukan Paralimpik 2024 namun pengumuman rasmi hanya dibuat selepas tempoh kelayakan berakhir pada 30 Jun ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Atlet berusia 26 tahun itu mencipta kejayaan membanggakan dengan merangkul gangsa ujian masa 1 kilometer (km) lelaki C1 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Trek Berbasikal Para Dunia 2024 di Rio de Janeiro, Brazil, minggu lepas.
Sebelum itu, pelumba dari Kuala Kangsar berkenaan turut mencipta sensasi dengan menjadi wakil negara pertama menaiki podium pada siri pertama Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya 2024 di Adelaide, Australia, Januari lepas dengan merangkul gangsa acara ujian masa lebuh raya.
Dalam pada itu, Sallehudin berkata Mohamad Yusof mampu bersaing dalam beberapa acara antaranya ujian masa lelaki 1km C1-3, kejar mengejar 3,000 meter (m) lelaki C1 dan lebuh raya, sekiranya sah beraksi di Paris kelak.
Bagaimanapun, beliau berkata peluang lebih cerah buat anak buahnya itu merangkul pingat dalam kejar-mengejar 3,000m lelaki C1 berbanding acara lain.
"Acara yang Mohamad Yusof menang gangsa di Brazil tempoh hari sedikit berbeza di Paris 2024 nanti kerana ia menggabungkan kelas C1 hingga C3, jadi kita perlu lihat peluang kita balik.
"Acara kejar-mengejar 3,000m lelaki C1 pula tidak digabungkan dengan kelas lain, jadi peluang mungkin ada dan harap beliau dapat meningkatkan kayuhan bersaing dengan pelumba negara lain," katanya.
Sallehudin sebelum ini berkata selain slot lelaki, Malaysia juga telah mendapat satu slot wanita dan berharap akan menambah lagi kuota pelumba untuk beraksi di temasya sukan berprestij dunia itu menerusi dua lagi siri kejohanan Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya, Mei ini.
Siri kedua kejohanan tersebut bakal berlangsung di Ostend, Belgium dari 2 hingga 5 Mei diikuti pusingan terakhir di Maniago dari 16 hingga 19 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Mohamad Yusof menjadi pilihan utama mengisi slot pelumba lelaki ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini. - Foto BERNAMA
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi pelumba terbaik Asia
Yusof Hafizi melintasi garisan penamat dengan catatan masa 22 minit 27.91 saat (s) sekali gus muncul pelumba terbaik Asia.
Paralimpik Paris 2024: Dua kali gangsa di Kejohanan Dunia bukan jaminan buat Yusof Hafizi
Jaguh berbasikal para negara itu dijangka berdepan rintangan untuk mengulangi magis pernah dilakarnya pada kejohanan dunia.
Kayuhan bersama bapa bawa Mohamad Yusof Hafizi ke pentas paralimpik
Aktiviti kayuh basikal keliling kampung bersama bapa ketika umurnya 16 tahun menyebabkannya jatuh cinta dengan sukan itu.
Mohamad Yusof sandaran utama ke Sukan Paralimpik 2024
Jaguh berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menjadi pilihan utama mengisi slot pelumba lelaki ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini.
Mohamad Yusof tekad buru jersi pelangi UCI
Mohamad Yusof berkata semangatnya tidak pernah luntur malah akan terus berusaha keras pada sesi latihan bagi mencapai misi sebagai juara.
Yusof terus cemerlang di India
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas.
Paralimpik Tokyo 2020: Yusof Hafizi akhiri final ujian masa C1 di tempat kelima
Ini merupakan penampilan pertama Yusof Hafizi di pentas Sukan Paralimpik.