BIRMINGHAM: Hasrat Mohamad Nasir Roslan untuk mengikut rentak kejayaan rakan sepasukan tidak kesampaian apabila menduduki tempat ketujuh dalam acara angkat berat Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini semalam.
Bersaing di Pusat Pameran Nasional (NEC) Birmingham, badang negara itu yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan tersebut hanya berjaya mengangkat bebanan keseluruhan 300 kilogram (kg).
Atlet berusia 24 tahun itu membuat angkatan snatch seberat 135kg dan 165kg bagi clean jerk dalam acara yang dimenangi wakil tuan rumah, Christopher Murray.
Peserta England itu merekodkan angkatan keseluruhan 325kg, yang juga rekod baharu temasya, dengan angkatan snatch 144kg dan 181kg clean jerk, mengetepikan cabaran sengit Kyle Bruce dari Australia yang mencatat 323kg (snatch 143kg, clean jerk 180kg).
Atlet Kanada Nicolas Vachon yang melakukan angkatan bebanan keseluruhan 320kg (snatch 140kg, clean jerk 180kg) meraih pingat gangsa.
Setakat ini, skuad angkat berat negara memenangi dua pingat emas dan satu perak.
Ketika ditemui pemberita, Mohamad Nasir berkata walaupun berpuas hati dengan prestasinya, beliau percaya mampu membuat angkatan lebih baik berbanding ketika Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas apabila menduduki tempat keempat.
“Sebelum datang ke sini, saya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan dan masih terasa sakit ketika membuat angkatan. Jika tidak, saya percaya mampu membuat angkatan lebih baik berbanding di Hanoi,” katanya.
Mohamad Nasir berkata sebelum ini, beliau menetapkan sasaran peribadi melakukan angkatan 140kg bagi snatch dan 170kg untuk clean jerk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
![Mohamad Nasir gagal ikut rentak rakan sepasukan di Birmingham Mohamad Nasir gagal ikut rentak rakan sepasukan di Birmingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659391534_MohamadNasirRoslan.jpg)
Mohamad Nasir gagal mengangkat bebanan 140kg pada angkatan kedua dan ketiga bagi acara angkat berat kategori 81kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC, 1 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Mohamad Nasir gagal ikut rentak rakan sepasukan di Birmingham Mohamad Nasir gagal ikut rentak rakan sepasukan di Birmingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659391534_MohamadNasirRoslan.jpg)
Mohamad Nasir gagal ikut rentak rakan sepasukan di Birmingham
Badang negara itu yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan tersebut hanya berjaya mengangkat bebanan keseluruhan 300kg.