BAYERN  Munich melantik Michael Rechner sebagai jurulatih penjaga gol yang baru selepas memecat Toni Tapalovic.

Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Begitupun, Tapalovic mempunyai hubungan rapat dengan ketua pasukan kelab, Manuel Neuer, yang telah bekerjasama dengannya lebih sedekad.

Neuer -- yang terlepas baki aksi musim ini akibat kecederaan kaki -- berang dengan pemecatan itu sambil meluahkan kekecewaannya dalam wawancara bersama The Athletic hingga mengundang kritikan beberapa pegawai kanan di Bayern.

Kelab itu kini telah mengenal pasti Rechner sebagai individu yang akan melatih Yann Sommer yang ditandatangani berikutan kecederaan yang membelenggu Neuer.

Rechner mengisi barisan kejurulatihan Hoffenheim sejak 2015 di bawah kendalian Oliver Baumann.