KUALA LUMPUR: Ketua Cawangan Komersial Institut Sukan Negara (ISN), S. Nishel Kumar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bermula 1 Mac.
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, selain menjaga tadbir urus persatuan, Nishel juga diberikan tanggungjawab melancarkan penganjuran Piala Dunia Remaja 2023 bermula 5-16 Dis ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebagai edisi derbaik dalam sejarah kejohanan itu.
Subahan turut mengumumkan Presiden Persatuan Hoki Perak, Mohd Sayuti Abdul Samat, 65, menggantikan beliau sebagai Pengarah Kejurulatihan MHC, manakala tempat Mohd Sayuti sebagai Ahli Lembaga Eksekutif MHC kini digalas oleh Presiden Persatuan Hoki Selangor, S. Ganesh.
"Kita telah mendapat kelulusan daripada ISN untuk meminjamkan Nishel Kumar kepada MHC. Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan dengan 84 penampilan (caps) untuk negara, yang tahu selok-belok hoki, selain mempunyai kelayakan akademik dalam bidang sains sukan.
"Mohd Sayuti juga seorang bekas pemain kebangsaan yang beraksi sebagai penjaga gol (dengan 45 caps). Antara tugas yang diberikan adalah untuk memastikan jurulatih dapat meningkatkan tahap mereka," katanya pada Bengkel Perancangan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP), di sini.
Kontrak CEO terdahulu, Nor Faraha Hashim, tamat pada hujung tahun lepas.
Nishel Kumar, penyerang skuad kebangsaan dari 1996 hingga 2004, pernah beraksi di Piala Asia 1991 dan 2003, serta meraih emas Sukan SEA Brunei 1999.
Beliau pernah menggalas jawatan Penolong Pengarah Kanan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Ketua Operasi Anti-Doping Sukan SEA KL 2017, selain bertugas di Olimpik Tokyo 2022 dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Sementara itu, Subahan berkata, pelaksanaan NHDP berada pada landasan betul untuk mencungkil bakat baharu dengan lebih kurang 5,500 peserta bermain hoki di bawah 110 pusat pelbagai peringkat di seluruh negara.
Dalam pada itu, Nishel Kumar, 45, berharap hubungan rapatnya dengan hampir kesemua jurulatih kebangsaan, dapat menjadikan beliau sebagai penghubung antara jurulatih dan pemain dengan pihak pengurusan.
"Saya pernah beraksi bersama-sama dengan kebanyakan jurulatih sekarang seperti ketua jurulatih skuad Speedy Tigers, A, Arul Selvaraj , Nasihin Nubli Ibrahim (Malaysian Tigress), Lailin Abu Hassan (Young Tigress) dan Muhamad Amin Rahim (Young Tigers). Rasa bagaikan 'sirih pulang ke gagang'.
"Saya harap barisan jurulatih ini boleh berbicara secara terbuka dengan saya dalam usaha mencari sebarang penyelesaian terbaik," katanya .
Menurutnya, selepas meninggalkan skuad kebangsaan, minat untuk sukan hoki kekal utuh dengan mengendalikan program pembangunan hoki untuk kanak-kanak B-40 di Kajang, Selangor. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (kanan) mengumumkan Ketua Cawangan Komersial Institut Sukan Negara S. Nishel Kumar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MHC yang baharu. - Gambar BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MHC lantik Nishel Kumar sebagai CEO baharu
Nishel diberikan tanggungjawab melancarkan penganjuran Piala Dunia Remaja 2023 bermula 5-16 Dis ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Khairy antara 400 atlet lulus ujian doping Sukan SEA KL 2017
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara 400 atlet negara yang lulus ujian doping sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.