PERSEMBAHAN inspirasi Lionel Messi sepanjang bulan lalu menyaksikan ketua pasukan Barcelona itu dinobat Pemain Terbaik Bulanan buat pertama kali musim ini.
Messi kembali menonjolkan permainan terbaiknya dalam kempen 2020-21 apabila menjaringkan tujuh gol, lebih dua berbanding bulan sebelumnya.
Tiada pemain yang mampu meledak lebih banyak gol daripada dia sementara Alexander Isak daripada Real Sociedad menjadi satu-satunya pemain berbeza yang merekodkan lebih empat gol dalam masa sebulan.
Sentuhan pemusnah bintang Argentina itu membantu Barca memenangi empat daripada lima perlawanan yang kesemuanya menyaksikan dia menyumbangkan setidak-tidaknya satu gol.
Justeru, membolehkan Barca menyalakan semula peluang mereka untuk memburu kejuaraan pada penghujung terakhir musim ini dengan Blaugrana hanya lima mata dipisahkan dengan pendahulu, Atletico Madrid.
Walaupun pasukan bimbingan Diego Simeone itu masih memiliki baki satu perlawanan, Los Colchoneros bagaimanapun bakal mengalami ujian getir pertembungan 'derby' dengan Real Madrid, malam esok.
Komitmen Messi sempat dipersoalkan awal kempen ini selepas berhasrat meninggalkan kelab itu ketika pra-musim.
Dia hanya mencetak empat gol setakat Disember lalu sebelum menambah bilangannya kepada tiga lagi -- dia sudah meledak 12 jaringan sepanjang 2021 dan menguasai carta'Pichichi' dengan 19 gol, tiga jaringan mengatasi pesaing dan rakan rapatnya, Luis Suarez.
Messi merupakan pemain Barcelona kedua yang memenangi anugerah itu musim ini selepas Ansu Fati -- yang tersisih lama akibat kecederaan -- meraihnya September lalu.
Ketua pasukan skuad bimbingan Ronald Koeman itu mengetepikan Isak, Yassine Bounou, Thibaut Courtois, Alex Berenguer, Nabil Fekir dan Jose Luis Morales untuk merebut gelaran itu.
Astro Arena
Sat Mar 06 2021
![Messi raih gelaran Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama Messi raih gelaran Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614997469_CopadelRey.jpg)
Lionel Messi ketika beraksi dalam perlawanan Copa del Rey antara Barcelona FC dan Sevilla di Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 3 Mac, 2021. - REUTERS
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
![Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738124662_Peru.jpg)
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
![Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721783865_tbJoeBiden.jpg)
Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.
![Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11 Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733805944_FIFPROWorld.jpg)
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
![MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733547647_LionelMessi.jpg)
MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai
LIONEL Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.
![Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730519712_NEYMAR.jpg)
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
![Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729137773_PepGuardiola.jpg)
Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.
![Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729137946_LautaroMartinez.jpg)
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
![Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
![Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721700543_LionelMessiMLS.jpg)
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.